Monday 28 November 2011

8 Tips Mengelakkan Penangguhan

Masalah bertangguh atau dalam Bahasa Inggerisnya 'procastination' merupakan satu ancaman kronik bagi ramai umat Islam di Malaysia mahupun seluruh dunia.

Oleh kerana terbiasa dengan sikap bertangguh, sesuatu matlamat atau tujuan itu sukar untuk direalisasikan dengan sempurna dan cemerlang.
Tips untuk mengatasi masalah ini.
Pengurusan Masa: 8 Tips Mengelakkan Penangguhan

1. Kenal pasti sebab penangguhan sesuatu tugasan
Tanya kepada diri anda, adakah anda takut akan gagal dalam tugasan tersebut? Ataupun, anda seorang yang mementingkan kesempurnaan yang hanya akan memulakan kerja setelah semuanya selesai? Ataupun anda seorang yang mudah terganggu dan tidak fokus dalam melangsaikan sesuatu tugasan?

2. Kenal pasti tugasan anda dan bahagikannya kepada tugasan yang lebih kecil
Satu tips motivasi pernah dikongsikan, untuk makan seeokor gajah, caranya adalah dengan memotong daging gajah itu kepada ketulan kecil daging.

3. Letakkan tarikh akhir untuk tugasan anda
Cuba berikan tarikh dan masa untuk sesebuah tugasan. Contohnya, anda meletakkan matlamat untuk menghabiskan membaca sebuah buku dalam masa 1 minggu.

4. Bekerja dalam blok masa yang kecil tetapi kerap daripada bekerja dalam satu blok yang mengambil masa yang panjang
Contohnya apabila belajar, rehatlah sebentar selama 10 minit untuk setiap 1 jam atau 30 minit setelah belajar selama 2 jam.

5. Mulakan dengan tugasan yang mudah dulu
Ini bertujuan untuk memberi momentum kepada anda untuk bergerak. Hal lain seterusnya akan menjadi mudah kerana momentum yang sedia ada.

6. Mulakan dengan tugasan yang anda rasa sukar
Ini bercanggah dengan tips 6. Manfaat tips ini adalah untuk memberikan psikologi kelegaan kepada anda. Selepas anda berjaya menyelesaikan sesuatu tugasan yang sukar, anda akan merasa sangat selesa kerana merasakan sebuah beban telah berjaya dialih. Tips ini memberi kepuasan kepada diri.

7. Memberitahu orang lain tentang tugasan anda
Contohnya, anda memberitahu kepada orang lain bahawa anda akan menyiapkan sesuatu tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Ini akan menimbulkan rasa tanggungjawab di dalam diri anda untuk melunaskan tugasan tersebut.

8. Elakkan berada di tempat yang mampu mengganggu anda
Contohnya anda boleh memilih untuk belajar di perpustakaan atau tempat lain yang lebih sunyi jika anda bimbang anda akan leka dengan internet.

Sunday 27 November 2011

Kerja Amal

Assalamualaikum....sorry sebab zirah dah lama tak update blog nie...buat masa nie zirah sangat-sangat busy dengan assignment minggu depan pulak test...dengan program kolej yang sangat banyak...hari nie zirah dapat cari masa untuk update blog nie...hehehe...dalam kepala zirah ada macam-macam nak cerita...tapi yang paling diingati ialah pasal kerja amal yang zirah join semalam...memang satu pengalaman yang menarik untuk zirah..sebab nie satu pengalaman baru untuk zirah...sebelum-sebelum nie zirah belum pernah join aktiviti-aktiviti kebajikan macam nie..aktiviti kebajikan yang zirah join nie dibawah sekretariat 2K iaitu sekretariat kebajikan & keselamatan..program nie diberi nama Lawatan ke Rumah Warga Emas,Al-Ikhas,Puchong...rasanye rumah nie pernah masuk tv banyak kali...ramai artis pernah datang situ...bila zirah dan kawan-kawan tahu ada program nie,kami pon cepat-cepat join sebab x nak lepaskan peluang..

banyak halangan yang terpaksa ahli jawatankuasa program nie lalui...dengan kerenah bhep,kekangan waktu lagi...walaupun pelbagai halangan yang dilalui oleh ahli-ahli jawatankuasa akhirnye mereka berjaya merealisasikan program ini sehingga menjadi kenyataan...prgoram nie bermula pukul 2.00 petang semalam...
kami berkumpul di Dataran Melur pukul 1.30 tghari...kekuataan kami hanyalah seramai 40 orang...hehehe..
kira ramai jugak tu...kami bertolak ke rumah tersebut setelah selesai mengangkat barang...hehehe....setelah tiba disanakami diberi sedikit taklimat berkaitan rumah tersebut dan aktiviti yang kami akan jalankan...x banyak aktiviti yang kami dapat jalankan sebab kekangan masa..yang kami hanya mampu lakukan masa tu ialah mengecat rumah tersebut & mengemas pakaian yang sudah kering....hehehe..kami dibahagikan kepada 2 kumpulan...ada yang mengecat rumah,ada yang melipat pakaian dan ada yang meramah mesra dengan warga emas di rumah tersebut...sekitar pukul 5.30 petang kami bertolak pulang ke kolej...yang paling bermakna ramai ahli floor Canangium join aktiviti nie...hehehe...aktiviti nie dapat mengeratkan silaturahim antara kami semua..

gambar ketika di rumah tersebut













Saturday 19 November 2011

Mines

Assalamualaikum...zirah minta maaf sangat2 sebab lambat post n3 yang baru...sekarang nie zirah sangat2 busy dengan macam-macam assignment,aktiviti dekakt kolej dan macam-macam lagi la...dah memang jadi lumrah seorang student...busy je memanjang...hehehe...n3 nie memang zirah nak masukkan tapi sebab terlalu busy sampai nak update blog pon x sempat...

ziran dengan kawan-kawan @ floormates keluar g Mines ari tu sebab nak beli barang...kalau x silap zirah minggu lepas kot yang zirah keluar dengan floormates pergi Mines..seperti biasa la kalau sampai dekat shopping mall pagi tu...perkara wajib bagi seseorang remaja ialah posing dekat 'spot' yang menarik dan tangkap gambar..hehehe..dah macam kewajipan bagi kami...pastu handphone pon penuh memory...almaklum la memory penuh dengan gambar dan lagu-lagu sahaja..hehehe

lepas misi menangkap gambar,kami berjalan-jalan keseluruh mines tu untuk mencari barang keperluan yang kami mahukan...dari peralatan kecik sehinggalah ke peralatan besar...dari touchlight hingga la baju hujan.. ada yang beli barang-barang nie untuk kegunaan masa kem rekreasi.zirah hanya cari jam baru..lepas tu kami menjalankan misi untuk bermain boling..tapi nasib kami amat malaing hari tu sebab tempat boling tersebut ditempah untuk kegunaan pertandingan boling antara kolej...yang paling zirah hairan tu ialah pertandingan tu anjuran Universiti Putra Malaysia sendiri...

apakan daya,kami terpaksa la cara aktiviti lain masa tu...huhuhu..masa tu,zirah sempat lagi survey handphone baru almaklum la handphone zirah menunggu masa untuk menyelam dalam air..ada la sebuah handphone nie berkenan di hati..tapi masih mencari masa yang sesuai untuk beli handphone tu..masih sabar menunggu... kebetulan kami lalu dihadapan panggunag wayang..idea terlintas dalam kepala apa lagi..tengok wayang la.. hehehe..hari weekend harga tiket mahal la..seorang RM13...apa nak buat,tengok saja la...Cerita apa??? mesti la cerita pasal ikan jerung Shark 3D...mampus macam lawak je cerita tu...banyak unsur-unsur lucah...memang hari tu,panggung wayang penuh..tempat duduk kami semua masa tu,line kedua dari depan.. terpaksa la dongak ke atas sedikit...lenguh leher keje pandang atas...huhuhu

apa-apa pon,weekend hari tu hari paling best dan happening...hehehehe..walaupon duit terpaksa dikeluarkan tapi x banyak la yang diambilnya..hehehe...banyak aktiviti yang kami buat dekat mines ari tu..

Friday 11 November 2011

SeSa 2011

Assalamualaikum...SeSa???mesti ramai yang tertanya-tanya apa tu SeSa..SeSa tu makksud dia Minggu Semarakan Salsiah..Sekretariat Kerohanian yang anjurankan..sekretariat nie macam kelab-kelab yang besar dalam setiap kolej..Sesiapa yang pernah duduk kolej paling utama Kolej Tun Dr. Ismail,mesti dia tahu dan mempunyai sekurang-kurangnye satu sekretariat...Minggu SeSa nie setiap floor dipecahkan kepada 4 gabungan..setiap gabungan diberi nama contnohya Mina,Safa,Arafah dan akhir sekali Marwah..Setiap kumpulan terdiri daripada 4 floor berlainan blok..floor zirah diletakan dibawah gabungan Marwah yang terdiri daripada floor Second Mawar,Ground Melur,First Kenangan dan Top Melati kalau x silap zirah la...tah zirah sedikit lupa...hehehe..Pelbagai aktiviti yang yang diadakan sejak hari Selasa lagi..Setiap gabungan mesti menghantar wakil untuk menyertai pertandingan yang diadakan..Setiap pertandingan akan diberi markah untuk setiap gabungan tidak kira kalah atau menang..Antara aktiviti yang dilakukan ialah kuliah 3 minit,hafazan, pertandingan menjawab kuiz @ snake n ladder,nasyid,pertandingan video pendek..setakat nie semua pertandingan nie telah selesai dijalankan kecuali kuliah 3 minit.. kita lihat markah yang dperolehi oleh setiap gabungan


semalam adalah hari yang paling mengejutkan zirah..mana taknye video gabungan kami hasilkan mendapat tempat pertama...pertama kali buat gabungan kami mendapat tempat pertama...hehehe

nie video yang kami hasilkan sempena pertandingan video pendek



video nie hasil idea dari kami bertiga dan dibantu oleh floormates yang berdedikasi dan tersayang...hehehe

cukuplan untuk n3 kali nie..nanti zirah update n3 nie bila SeSa dah selesai


Wednesday 9 November 2011

Keajaiban Al-Qur'an: Sungai di dalam Laut

Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan
Sungai dalam Laut 


Mudah-mudahan fenomena alam ini makin menambah keimanan kita, dan menjadikan kita terus bersyukur kepada Allah yang telah memberi jalan kepada kita untuk belajar dan mengamalkan ayat-ayatNYA.



“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain asin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)


Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.


Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya karena tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang asin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi
keduanya.



Fenomena ganjil itu memusingkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air asin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berpikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.



Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.


Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.


Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.



Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan
Sungai dalam Laut



“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)









Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”



Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.




Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

Monday 7 November 2011

Wahai Sahabatku Yang Kecewa

Assalamualaikum...baru-baru nie zirah baru lalui saat-saat yang amat mengecewakan..so zirah terjumpa artikel nie dalam laman web i luv Islam...sesuai sangat untuk dibaca..




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya. Sesungguhnya aku menulis dengan penuh kasih sayangku kepadamu sebagai seorang sahabat, sebagai seorang saudara seagamaku. Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bagi dirimu dan bagi diriku agar kita sama-sama beroleh syurga yang sangat kita impikan di pengakhiran sebuah perhitungan.

Wahai sahabatku,
Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.

Wahai sahabatku,
Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?



Wahai sahabatku,
Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.

Wahai sahabatku,
Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?

Wahai sahabatku,
Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.

Wahai sahabatku yang kecewa,

Bersabarlah…

Sunday 6 November 2011

Untukmu Adam dan Hawa

Adam…
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.

Hawa…
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

Adam…
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

Hawa…
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.


Adam…
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa…
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.

Adam…
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

Hawa…
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

Oleh itu Adam…
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.

Adam…
Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.

Begitu juga Hawa…
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.

Hawa…
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun…itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.




Untukmu Adam :

Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan. Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa. Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri. Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa..



Untukmu Hawa :

Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi. Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami. Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.






Game Angry Bird

Assalamualaikum...ari nie zirah nak cerita sikit sal angry bird...zirah terjumpa artikel nie dalam facebook..so terasa macam nak share dekat sini..

Angry Birds
salah satu game yang paling 'legend' antara semua game-game apps Apple
yang dimain oleh anak saudaraku yang berumur 4 tahun sehinggalah tokoh agama seperti Ustaz Hasrizal
semuanya suka bermain game ini
tidakkah anda pernah tertanya-tanya?
Kenapa?
Apa yang best sangat game ni?
Cam simple je, game berkaitan burung-burung yang marah kepada babi-babi berwarna hijau yang mencuri telur mereka
sedar x kita...
jawapannya sebab....
Angry Birds....
dipenuhi dengan nilai-nilai dan prinsip-prinsip sebuah gerakan Dakwah Islamiyah

1) Jihad dan Tadhiyyah (Pengorbanan)
antara ciri yang paling power pasal Angry Birds ni, sebab burung-burung yang marah tu semuanya sanggup berkorban
menyerahkan jiwa dan tubuh mereka untuk mencapai matlamat mereka iaitu menghapuskan babi-babi hijau yang suka tersengih jika masih hidup di akhir permainan
mungkin yang merah, biru dan hijau hanya sanggup mencederakan diri sendiri
tapi bagaimana dengan yang hitam dan putih?
yang hitam sanggup meletupkan dirinya sendiri!
yang putih pula?
sanggup mengorbankan anaknya!
itu bukanlah satu pengorbanan yang senang
menghantar anak yang masih dalam telur ke medan jihad
segala-galanya untuk mencapai satu matlamat
menjatuhkan tembok-tembok jahiliyah yang kukuh, untuk menghapuskan babi-babi hijau itu selama-lamanya... terutamanya ketua mereka yang memakai mahkota emas
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan kepada mereka syurga..."
(At-Taubah 9:110)

2) Amal Jamaie
dalam nak meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah yang begitu kukuh
burung-burung yang marah itu tidak bertindak secara berseorangan
malahan mereka tidak akan mampu meruntuhkannya jika bertindak secara berseorangan
maka mereka bersatu, bersatu tenaga mereka, bertindak secara berjemaah
untuk meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah itu

3) Tanzim (organisasi) yang tersusun
tapi adakah diorang main langgar je sape yang serang dulu?
tidak
diorang sedar setiap burung mempunyai kemampuan dan semangat pengorbanan yang berbeza
setiap burung mempunyai isti'ab (penguasaan) yang berbeza
jadi diorang susun
sape pergi dulu, lepas tu sape pergi dulu
kenapa?
sebab Saidina Ali mengatakan
"Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun"

4) Gerak kerja yang Muntijah (berhasil)
bagaimana pula cara diorang susun sape yang pergi dulu dan sape yang pergi dulu?
diorang susun dengan menilai
bagaimanakah cara yang paling muntij dan cepat untuk meruntuhkan tembok jahiliyah itu
maka setiap orang yang mempunyai isti'ab yang berbeza, berfokus kepada kelebihannya
yang reti potong kayu pergi serang kayu
yang boleh hancurkan batu pg hancurkan batu
dan menjadi tanggungjawab kita pula, sebagai qiyadah (ketua) mereka
untuk detect, apakah kelemahan musuh kita
dan dengan segala kekuatan serta isti'ab jundi (tentera) yang berbeza-beza
bagaimanakah kita ingin menyusun strategi
untuk mencapai ustaziyatul alam
eh silap
untuk mengalahkan babi-babi hijau tadi dengan tenaga yang paling sikit, dan masa yang paling cepat

5) Taat
dan sebagai qiyadah
perkara yang paling menyenangkan hati kita dan meneruskan semangat kita untuk berjuang
adalah kalau kita suruh burung-burung marah itu menyerang ke atas, maka dia akan pergi ke atas
dan kalau ke kanan, maka dia akan pergi ke kanan
pasti tidak ada orang yang nak main
dan selama-lamanya babi-babi hijau itu akan gelak terkekeh-kekeh
jika qiyadah suruh serang ke kanan, dia pergi melayang ke atas

6) Ukhuwah
lastly
kena faham
bahawa ukhwah burung-burung yang marah itu sangat kuat
itulah teras dan tunjang utama kekuatan diorang
mereka sedih, marah, apabila saudara-saudara mereka dicuri telurnya
mereka merasai penderitaan saudara-saudara mereka
kerana sesungguhnya burung-burung yang berwarna itu bersaudara
seperti mana kita umat Islam bersaudara
jika salah satu daripada saudara kita sakit/derita, kita turut merasakan penderitaannya
dan kita akan berusaha untuk menyelamatkan saudara kita
daripada musuh yang nampak di dunia
dan juga musuh yang tidak nampak
yang menarik kita ke api neraka
kenapa?
sebab kita menyayangi saudara kita
sesungguhnya dakwah ikhwanul muslimin itu adalah berteraskan dakwah kasih sayang
kerana cinta kita kepada Islam dan Umat Islam
tidak akan wujud game Angry Birds
jika tidak ada ukhwah di kalangan mereka
begitu juga tidak akan wujud gerakan Islam
malahan mustahil akan menang gerakan Islam
jika tidak wujud ukhwah dan muhibbah antara semua umat Islam
"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong memasuki agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat"
(An-Nasr 110:1-3)
sedarlah
pertolongan Allah tidak akan datang jika tidak wujud ukhwah dan kesatuan di kalangan umat Islam
dan prinsip kepada kesatuan itu terletak pada Usul 20 oleh Imam Hassan Al-Banna
semua yang korang baca tadi
adalah pengajaran daripada Angry Birds
tapi ada satu lagi pengajaran yang tersirat
iaitu jika kita melihat dunia ini dengan perspektif Islam yang jernih
kita akan memasuki sebuah dunia yang berbeza
dan kita akan mampu melihat apakah masalah umat Islam sebenarnya, sehingga mereka tidak mampu menang-menang lagi sampai sekarang...

"Ukhuwah Teras Kegemilangan"

-->zirah rasa kita kena bijak menilai yang mana baik buruk untuk diri kita sendiri...


Saturday 5 November 2011

Hari Raya

Assalamualaikum...hari nie merupakan ari kedua berturut-turut zirah update blog..buat masa nie zirah x de mood nak lakukan assignment zirah walaupon dah bertimbun...hahaha..kali nie zirah nak cerita pasal raya..memandangkan esok ialah Hari Raya Aidiladha so zirah pon terasa macam nak cerita something je... tahun nie merupakan tahun kedua zirah berhari raya aidiladha bersama keluarga tanpa abang tersayang disamping keluarga...abang beraya diperantauan walaupon bukan diluar negara tapi still merasa kejauhan itu... mana taknye dari utara ke selatan katakan..zirah pon walaupon cuti singkat tapi keinginan tetap ada untuk pulang beraya bersama keluarga..walaupon hari isnin nie zirah kena balik selangor dah,tapi kepuasan untuk beraya bersama keluarga itu sangat bermakna..tak tahulah nasib zirah bila terpaksa beraya di selangor nanti.. mesti parah bila dengar takbir raya...huhuhu..zirah respect la orang-orang yang still stay dekat kolej untuk raya nie..seriusly zirah kagum dengan dyorang..semangat dyorang sangat kuat untuk beraya diperantauan sama macam abang zirah..huhuhu

zirah balik rumah pon bukan sekadar nak beraya bersama family sahaja..zirah nak ambik beberapa barang untuk dibawa balik ke kolej..almaklumla barang dekat selangor semuanye mahal-mahal..hehehe...alang-alang zirah balik time cuti nie,banyak la zirah pesan dekat mak untuk nak bawa sedikit makanan untuk floormates kesayangan zirah yang x balik beraya nie...hehehe..macam-macam mak zirah packingkan untuk dyorang semua...sayang sangat dekat korang semua..

Friday 4 November 2011

Miss Everyone

Assalamualaikum...sekarang nie zirah semakin busy dengan kerja-kerja dekat kolej & assignment yg semakin lama semakin menimbun...huhuhu..x tahu la bila zirah sempat nak buat semua benda-benda nie..serius rasa macam x sempat..dengan mini project lagi,dengan presentation dengan aktiviti kolej yang semakin lama semakin banyak..owh,zirah sangat seronok melakukan semua ini..ini menunjukkan kita boeh melakukan elbagai kerja dalam satu kerja..hehehe..kata orang multitask la kira.rasanye zirah dengan kawan-kawan yang lain sudah berada dekat universiti masing-masing sudah dekat sebulan lebih..pelbagai pengalaman menarik yang dah kita lalui..masih banyak lagi pengalaman manis & pahit bakal kita lalui..

baru-baru nie,zirah masa tengah2 bosan dan x de kerja nak kena buat almaklum assignment belum diterima dari pensyarah,zirah tengok-tengok balik gambar-gambar & video-video yg zirah ambil sepanjang zama persekolahan & matrik dulu..serius macam x sangka sekarang zirah dah masuk universiti..kira zaman lain dari zaman persekolahan dan zaman matrik...yang dulunye kita dibimbang dan dipantau secara dekat oleh para guru dan para pensyarah..tapi sekarang,kita still dipantau tapi secara jauh...zirah amat rindukan zaman2 sekolah dan matrik...banyak aktiviti yg dilakukan bersama-sama kawan yang dah kenal lama..

sekarang,ukhwah yang baru terjalin antara zirah dan kawan-kawan baru..kira semua x pernah jumpa walaupon sekali..daripada lain-lain negeri...serata Malaysia...hehehe..walaupon cuti sangat sikit,perasaan rindu dan ingin berjumpa tu tetap ada...rasa macam dah rapat walaupon aru ada dekat sana sebulan lebih...zirah rasa nie la kelebihan tinggal di kolej & menjalinkan hubungan baik sesama kawan-kawan..hehehehe