novel itu sendiri dh ada pengikutnye...tmbh pulak bila di adaptasi menjadi drama , telemovie mahupon filem... makin ramai pengikutnye...bertambah-tambah...jika novel itu sendiri dh mempunyai ramai follower ditambah pulak dgn pelakon2 yg mmg menjadi kegilaan penonton,nescaya novel yg di adaptasi itu pasti mengjadi fenomena...kalau x percaya...cuba tngk masa filem ombak rindu ditayangkan satu ketika dulu...ada yg sanggup pergi panggung wayang beberapa kali utk menonton walaupon sudah tahu jalan cerita... beberapa bulan lepas, drama adam dan hawa serta sehangat asmara menjadi bualan orang kerana diadaptasikan menjadi dram dan dimainkan kembali ada permintaan penonton... paling terbaru korg smua tahu kan fenomena apa???? fenomena sebenarnya saya isteri dia....sampai ke malam nie ada yg masih tweet dan hashtag ssid...betapa kuat novel dan drama tersebut...masih mendapat hati dalam kalangan peminat2 drama melayu....
Saya Sebenarnya Isteri Dia - Zura Asyfar
utk novel dan drama nie rasanye zirah x perlu ceritakan kembali kot...sebab dalam entry seblum nie ada post psl sinopsis drama & novel SSID yg menjadi fenomena masa kini.....
Adam dan Hawa - Aisha Sofea
Oleh kerana sakit hati dengan Adam Mukhriz tidak mengendahkannya, kekasih Adam ingin menjerat lelaki itu.Namun tersalah perhitungan apabila Ain Hawani menjadi mangsa korban.
AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Ain ditangkap khalwat bersama Adam
Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.
Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi.
Setia Hujung Nyawa - Fatin Nabila
Haliza pula merasakan bagai disorongkan bantal. Satu rahsia besar cuba disembunyikan oleh Haliza yang melibatkan maruah keluarga. Ersalina telah pengsan di rumah dan disahkan hamil. Hancur hati seorang ibu apabila maruah diri seorang anak yang dikasihinya tergadai hanya kerana nafsu remaja. Dr. Sofea iaitu Dr peribadi keluarga Haliza telah diminta merahsiakan perkara ini dari Ersalina dan semua orang. Malu beb! Haliza telah menerima lamaran Datin Adibah. Ersalina yg tak tau pape ni terpaksa terima untuk menjaga hati mamanya sekaligus menebus dosa hitamnya. Sebelum majlis kahwin, Ersalina dengan tak sengaja telah terlanggar Zain di shopping complex dan dua2 terpana melihat keindahan Tuhan. Jeng…jeng…jeng..sudah jatuh cinta ke?
Zain yg sah sebagai suami Ersalina amat terkejut melihat gadis yg berjaya mencuit hatinya di shopping complex adalah isterinya. Kedua ibubapa mereka mengharapkan kebahagiaan. Zain dan Ersalina mula dengan sebagai kawan dan Ersalina follow jer rentak Zain walaupun hati berbunga cinta. Salah Zain luahkan rasa cinta terhadap Ersalina, perkara aib yg disembunyikan oleh Haliza terbongkar bila Ersalina jatuh dan keguguran. Terduduk Zain sekejap! Haha. Ersalina masih blum disentuh tetapi keguguran. Anak sape tu?Haliza amat takut dengan masa depan Ersalina puteri tunggalnya. Ersalina juga terkejut kerana mamanya merahsiakannya. Kini barulah dia tahu tujuan mamanya kahwinkannya. Zain, Ersalina, Haliza dan Dr. Sofea cuba sembunyikan rahsia besar ni. Zain berlakon baik dengan Ersalina di depan ibubapa mereka. Di belakang, Ersalina di maki, diherdik dan dianggap barang terpakai. Sadis2! Ersalina bertahan dan sabar kerana cintakan hubungan mereka. Kuasa Tuhan siapa yang tahu. Selepas cuti bulan madu di Bali yg tak berapa nak madu ni, Zain dapat terima Ersalina sebagai isterinya.
Zain ni romantic!!Tapi badai datang bila Zain kemalangan dan koma selama sebulan. Ersalina bagaikan orang gila tapi mulai berubah bila dia disahkan hamil anak Zain. Hady iaitu kawan baik Zain merasakan sekali lagi Zain ditipu oleh Ersalina. Perbualan Hady dan Ersalina tentang Ersalina yg bukan dara sebelum kahwin telah didengar oleh mummy Zain. Hady ni mmg mulut tempayan. Haha. Datin Adibah minta Zain ceraikan Ersalina kerana rasakan keluarga Haliza menipu anak mereka. Zain cuba dijodohkan dengan Erniza. Ersalina dan Zain amat tertekan dan sering berjumpa secara sembunyi. Sesuatu telah insafkan Datin Adibah bila sejarah hitam Zain dan Ekin diketahuinya. Zain pernah meniduri Ekin waktu mudanya(zaman remaja) Ish2 dunia2. Ini membuka mata Datin Adibah dan menerima Ersalina sebagai menantunya.Datin Adibah minta maaf pada smua pihak kerana cuba pisahkan Ersalina dan Zain. Ermmm very sweet couple!Janji sehidup semati.
Happy ending
Teduhan Kasih - Marissa
Sehangat Asmara -Aisha Sofea
Kasih Antara Kita- Aleya Annisa( Cinta Buat Emelda)
Kasih Yang Suci -Meen Zulaikha (Nora Elena)
Duri- Fauziah Asyahari
Trilogi Cinta- Sharifah Abu Salem
Kau dan Aku - Siti Rosmizah
Kampung Girl- Umi Kalsum
Seindah Sakura- Liza Zahra
Suamiku Ustaz- Hannah Dhaniyah (filem)
Kau Untukku- Aisha Sofea
Gemersik Kalbu- Anis Ayuni
Yang Indah Hanya Mimpi - Sharifah Abu Salem (Trilogi Cinta 2)
Jauh- Aisha Sofea
Stanza Cinta- Norul Hallawati
Kau yang Satu- Nia Azalea
Jodoh Milik Kita - Sara Aisha
Mencari Jalan ke Syurga - Hasliza Ismail (Epilog Cinta Kirana)
Manisnya Cinta- Anis Ayuni (filem)
Bayangan Rindu - Anis Ayuni
Tiada yang kedua Sania Yasmin
Bicara Hati - Damya Hanna
Projek Memikat Suami-Hanina
Bukan Cinta Monyet- Hasliza Ismail
P/S --> nnt zirah edit post nie lagi ea....
Happy ending
Teduhan Kasih - Marissa
Sehangat Asmara -Aisha Sofea
Kasih Yang Suci -Meen Zulaikha (Nora Elena)
Duri- Fauziah Asyahari
Trilogi Cinta- Sharifah Abu Salem
Kau dan Aku - Siti Rosmizah
Kampung Girl- Umi Kalsum
Seindah Sakura- Liza Zahra
Suamiku Ustaz- Hannah Dhaniyah (filem)
Kau Untukku- Aisha Sofea
Gemersik Kalbu- Anis Ayuni
Yang Indah Hanya Mimpi - Sharifah Abu Salem (Trilogi Cinta 2)
Jauh- Aisha Sofea
Stanza Cinta- Norul Hallawati
Kau yang Satu- Nia Azalea
Jodoh Milik Kita - Sara Aisha
Mencari Jalan ke Syurga - Hasliza Ismail (Epilog Cinta Kirana)
Manisnya Cinta- Anis Ayuni (filem)
Bayangan Rindu - Anis Ayuni
Tiada yang kedua Sania Yasmin
Bicara Hati - Damya Hanna
Projek Memikat Suami-Hanina
Bukan Cinta Monyet- Hasliza Ismail
P/S --> nnt zirah edit post nie lagi ea....
No comments:
Post a Comment