Monday, 15 July 2013

Petua Cantik Dengan Ciptaan Allah

Semua orang pasti mengimpikan rambut yang cantik
dan sihat.Masalah rambut gugur, bercabang atau 
berkelemumur merupakan antara masalah rambut 
yang sinonim diperkatakan. Hakikatnya, terdapat 
pelbagai jenis masalah rambut yang menghantui diri 
kita. Oleh itu, pelbagai produk penjagaan rambut 
di komersialkan. Namun, masalah rambut kita 
masih tidak dapat di selesaikan.



Justeru itu, cara tradisional mula menjadi pilihan. Di samping murah, mudah dan tidak mempunyai bahan kimia, cara tradisional membuatkan kita lebih menghargai ciptaan Illahi serta mendalami hikmah setiap ciptaanNya. Dan yang paling menyakinkan kehalalannya kerana kita yang menyediakannya sendiri.

Jom kita intai petua untuk rambut yang cantik dan sihat ^^


Petua 1 :: Mengelakkan Rambut Gugur ::
Dapatkan beberapa helai daun lidah buaya dan daun bunga raya. Ramas atau mesin hingga lumat dan lumurkan di atas kepala selama lebih kurang satu jam dan di cuci bersih.Ulangi beberapa kali selama seminggu. InsyaAllah pasti membuahkan hasil.
Daun bunga raya bertindak melembutkan rambut dan lidah buaya pula boleh menyejukkan serta menyamankan kulit kepala. Ini dapat mengelakkan rambut gugur dan bertindak sebagai perapi rambut


Petua 2 :: Elak Rambut Gugur-Rambut Lembut Dan Harum ::

Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam sebuah bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa di syampu.


Petua 3 :: Rambut Berminyak ::

Campurkan sedikit syampu bersama kuning telur di dalam semangkuk air suam dan cucilah rambut seperti biasa. Lakukannya dua kali dalam seminggu. InsyaAllah masalah rambut berminyak akan dapat diatasi.


Petua 4 :: Masalah Rambut Kering ::

Rawatan minyak panas amat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah ini. Caranya ialah panaskan minyak (minyak sayuran) kemudian lumurkan pada rambut menggunakan jari. Kemudian tekupkan kepala dengan tuala yang diwapkan. Biarkan dalan 20 minit dan bersihkan.


Petua 5 :: Menghitamkan Rambut ::

Bakar isi kelapa tua kemudian di parut dan dapatkan patinya. Lumurkan pada kepala hingga 10 minit dan bersihkannya.


Petua 6 :: Rambut Berbuah ::

Ramas daun pinang. Kemudian campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Biarkan selama 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.


Petua 7 :: Meluruskan Rambut ::

Ambil santan perahan dari sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.


Petua 8 :: Rambut Cepat Panjang ::

Ambil beberapa batang serai, kemudian ketuk serai agar batangnya pecah sedikit dan rebus selama beberapa minit sehingga naik aroma. Setelah itu, sejukkan. Ambilkan air rebusan serai tadi dan sapukan di kepala. Selain mempercepatkan proses pemanjangan rambut ia juga mampu menyejukkan kulit kepala.


Petua 9 :: Elak Rambut Mudah Beruban ::

Bancuh sedikit minyak kepala, lender dari daun lidah buaya dan air limau nipis sehingga sebati. Kemudian lumurkan pada kepala sebelum mandi. Biarkan selama setengah jam kemudian bilas hingga bersih.


Petua 10 :: Melebatkan Rambut ::

Lumurkan minyak sapi ke seluruh kulit kepala. Kemudian, bungkus kepala dengan menggunakan tuala yang kering. Biarkan semalaman. Keesokkan harinya, bilas sehingga bersih. Amalkan dua minggu sekali.


Petua 11 :: Rambut Bercabang ::
Ambil daun bunga raya yang bersih, ramas sehingga keluar lender. Ambil lendirnya dan campurkan dengan sebiji telur ayam kampung berserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut. Perap dengan tuala selama 10 minit dan kemudian bilas dan keringkan rambut. Amalkan dua kali seminggu.

Selamat Mencuba!!! ^^

No comments:

Post a Comment