Wednesday 25 July 2012

Green Corporate Relation 2012

Green Corporate Relation 2012 atau lebih dikenali sebagai GCR'12 telah dianjurkan oleh Sekt Komkop(senang sikit nak eja)..program nie dh lama berjalan..sebelum minggu study week..program nie dijalankan (11-13 May 2012) -->bnyk kali buka gambar yg ada tulis tarikh

sebenarnye zirah dah lama nk tulis pasal program nie..tp malas dan x sempat yg menjadi penghalang..hahaha ^_^....secara asasnye program nie menekankan go green...hijaukan bumi kita..

zirah mula cita la mcm mana zirah blh join program nie...1st2 program nie x terbuka utk semua..just utk ahli2 sekt je..tp mcm dh ramai yg x jadi pergi,penyertaan pon terbuka utk semua org...mula2 mmg x nak pegi sbb pkkan duit masa tu mmg tgh2 nyawa ikan...kwn zirah ajak pegi,ajak teman dy..ok2,zirah pon conform pegi..last2,mak kwn zirah pulak yg x bg kwn zirah pegi..zirah nak cancel sbb dh last minute jd mls..so relakan hati pegi dgn niat nak release tension dan nk rehatkan minda..

kami bertolak dari kolej dlm kul 4 ptg...tah la..x beberapa ingt sgt...bas ada beberapa kali berhenti utk sembahyang,mkn n paham je la perjalanan jauh..apa lagi ke tandas la...hihihi..dlm kul 11 lebih kami semua smpai dkt Kuala Sepetang,Taiping,Perak..

muka zirah baru turun bas

muka2 penat

malam tu kami cuma diberi taklimat sedikit oleh pengetua dan semua dibenarkan masuk ke chalet masing2 utk berehat..ok...pasal chalet pon ada cerita sendiri...terutama chalet zirah,kak shy,kak azza,kak adah, kak poi n kak shira duk...hihihi..siapa yg join GCR ari tu tau la kisah dia..

sepanjang 3 hari program nie berlangsung bnyk input yg dpt..kami belajar pasal hutan paya bakau, pembuatan arang,proses pemotongan kayu bakau,proses permindahan kayu arang dr tempat pemotongan ke kilang pembuatan arang..nak tahu satu info tak yg zirah dpt masa join GCR ari tu... orang yg kerja potong kayu bakau dan jadikan kayu tu sepanjang 1.5 M tu hnya dpt 15 sen utk sebatang kayu yg panjangnye hnya 1.5 M...cuba bygkan sehari berapa bnyk mereka blh bt utk dpt penuhkan 2 tongkang..dlm anggaran sehari mereka blh dptkan RM300 je..keje tu sgt penat..perlukan tenaga yg bnyk..kami juga digalakkan utk menyemai anak bakau dlm beg plastik hitam..so masa nie la setiap org diminta utk mengumpul biji benih utk membuat semaian..masa proses semaian berlaku la perang lumpur...

proses perperangan berlaku

perang lagi

mangsa

membersihkan diri

mlm tu kami adakan BBQ dan beberapa persembahan..keesokkan arinye kami melawat dapur arang iaitu tempat pembuatan arang..kami belajar dan dpt bnyk sgt input dkt sana...

gambar sebelum balik
so jika ada peluang utk g GCR lagi,confirm zirah x akan tolak..nk pergi lg...



Tuesday 24 July 2012

Motivasi Dan Nilai Diri | iluvislam.com discover the beauty of islam

Motivasi Dan Nilai Diri | iluvislam.com discover the beauty of islam

Catatan Kemenangan Ramadan

Ramadan merupakan penghulu bagi segala bulan. Ramadan juga adalah madrasah jihad dan kemenangan sepertimana yang dicatatkan di dalam lembaran sejarah Islam. Antara peristiwa besar yang terpahat di dalam bulan Ramadan adalah:

1. Permulaan Nuzul al-Quran
Penurunan al-Quran adalah titik mula peradaban manusia. Ia telah menghapuskan kegelapan Jahiliyyah dan memancarkan sinar keilmuan Islam melalui kalam Ilahi. Di sinilah bermula tertegaknya Tamadun Islam yang berpandukan kitab suci al-Quran.

2. Kemenangan Dalam Peperangan Badar
Kemenangan tentera Islam dalam peperangan Badar pada tahun ke-2 Hijrah membuktikan ketinggian iman dan ketakwaan kepada Allah SWT mampu mengatasi bilangan musuh yang jauh lebih ramai. Kemenangan ini menjadi suntikan kepada umat Islam untuk terus menegakkan agama Islam.

3. Pembukaan Kota Mekah
Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadan tahun 8 Hijrah. Sebelumnya, Kota Mekah menjadi kota keagamaan bagi beberapa agama yang bersifat pagan, animisme dan tradisi masyarakat Quraisy. Sejarah pembebasan Kota Mekah menjadi kemuncak kepada kemenangan Islam khususnya kaum Mujahirin yang diusir oleh kaum kafir Quraisy.

4. Pengislaman Rombongan Dari Taif
Kedatangan rombongan Thaqif dari taif menemui Rasulullah SAW dalam bulan Ramadan pada tahun ke-9 Hijrah untuk memeluk Islam

5. Kemenangan Dalam Peperangan Qadisiyyah
Peperangan Qadisiyyah menyaksikan kemenangan Islam menumbangkan Parsi pada tahun ke-15 Hijrah.

6. Penguasaan Andalusia
Pada tahun ke-91 Hijrah, Tariq bin Ziyad berjaya menguasai Kota Andalusia. Peristiwa ini adalah permulaan bagi bertapaknya Islam di benua Eropah.

7. Kemenangan Dalam Peperangan Zallaqah (The Battle of Zallaca)
Pada pagi Jumaat, bersamaan 25 Ramadan tahun 479 Hijrah, berlaku peperangan Zallaqah (satu kawasan tanah rendah yang terletak berhampiran Portugis). Dalam peperangan itu, tentera Islam di bawah pimpinan Yusuf bin Tashfin telah mengalahkan tentera Perancis, pimpinan Raja Alfonso VI

8. Kemenangan Ke Atas Tentera Salib
Salahuddin al-Ayyubi mengalahkan Tentera Salib pada bulan Ramadan, iaitu pada tahun 584 Hijrah. Seterusnya, mereka berjaya mengambil semula bentang Safad.

9. Perang Ain Jalut
Kerajaan Mamalik mengalahkan pasukan tentera Tartar Monggol di Ain Jalut pada bulan Ramadan tahun 658 Hijrah.

10. Islam Sampai Ke Yaman
Rasulullah SAW mengutuskan Ali bin Abi Talib ke Yaman pada bulan Ramadan tahun ke 10 Hijrah, yang membawa kepada pengislaman penduduk Yaman.

11. Khalid al-Walid Meruntuhkan Berhala al-Uzza di Kaabah
Selepas peristiwa pembebasan kota Mekah, Rasulullah SAW telah memusnahkan 360 buah berhala di sekeliling Kaabah. Lima hari sebelum berakhirnya Ramadan pada tahun ke-9 Hijrah, baginda menghantar Khalid al-Walid untuk memusnahkan berhala al-Uzza di Nakhla.

12. Peperangan Yakhliz
Pada 15 Ramadan tahun 1294 Hijrah, tentera Islam di bawah pimpinan Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34 000 bala tentera telah menumpaskan tentera Rusia yang berjumlah 740 00 orang. Hampir 10 00 orang tentera Rusia terbunuh dalam peperangan itu. Ia menjadi kebanggan umat Islam yang sebelumnya diancam kerajaan Tzar di Rusia.

13. Tertawannya Garis Bar Lev
Kemenangan tentera Mesir dan Syria mengalahkan tentera Israel di Semenanjung Sinai pada bulan Ramadan tahun 1393 Hijrah. Ini menjadi pukulan hebat kepada tentera Israel yang cukup berbangga dengan kubu yang kebal itu.

Renungan
Sebahagian peristiwa di atas jelas, menunjukkan betapa tentera Islam makin bersemangat dengan kedatangan Ramadan. Ramadan dilihat sebagai satu bulan utk mengecas kekuatan ruh seterusnya mengalahkan nafsu syahwat. Kerana itulah mereka menuju ke medan jihad dengan diakhiri kemenangan.

Tentera Islam mempunyai kekuatan rohani dan jasmani berbanding tentera musuh yang cuma mempunyai kekuatan jasmani. Jiwa mereka kosong, hati mereka diselubungi ketakutan lantaran keberanian yang dizahirkan oleh tentera islam hasil daripada ubudiyyah mereka kepada Allah SWT.

Syeikh Dr. Fathi Yakan dalam bukunya, Maza Ya'ni Intima'i Li al-Islam menyebut, "Orang-orang yang terdahulu dari kita benar-benar mengetahui dan memahami bahawa dakwah mereka tidak akan mencapai kejayaan kecuali dengan jihad, pengorbanan, penyerahan harta kekayaan dan jiwa raga lantas merekapun mengorbankan diri dan harta benda mereka untuk perjuangan. Mereka berjihad pada jalan Allah dengan sebenar-benarnya. Mereka mendengar seruan Allah yang menyeru mereka."

Firman Allah SWT di dalam Al-Quran menyebut:-

قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ
اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)".
(Surah At-Taubah ayat 24)

Sebaik sahaja mendengar seruan yang berupa ugutan itu, merekapun terus menyambutnya. Mereka membebaskan diri mereka dari segala sesuatu yang mereka cintai dengan penuh kerelaan hati malahan mereka bergembira dan merasa bahagia dengan janji setia yang mereka berikan kepada Allah.

Malah ada di kalangan mereka yang bertarung dengan maut tetapi masih menyeru:

"Maralah menuju Allah dengan tidak membawa sebarang bekalan."

Ada juga di kalangan mereka yang mengorbankan seluruh harta benda yang dimiliki dengan berkata:

"Aku tinggalkan untuk keluargaku Allah dan rasulNya."

Ada juga di antara mereka yang bermadah sedangkan mata pedang sedang berada di atas batang tengkuknya:

"Aku tetap tidak peduli. Asalkan aku seorang Muslim. Biarpun diriku dibunuh mati. Untuk Allah kematianku pasti"

Demikianlah yang telah terjadi kepada mereka, mereka berjihad dengan jihad yang benar, pengorbanannya besar, penyerahan diri yang sungguh - sungguh. Justeru, sewajarnya bagi umat Islam mengambil ruh Ramadan untuk meraih kemenangan yang besar samada menentang hawa nafsu atau benar-benar menjadi hamba Allah yang soleh.

-->sumber iluvislam

Monday 23 July 2012

Ulser Mulut

Minggu lepas,seminggu zirah kena tahan sakit dkt mulut...semuanye sbb ulser penuh dalam mulut..pedih giler...tmbh pulak keje perlukan kita berckp..lg la sakit...mmg masa keje tu than je..bt2 kental...tp sebenarnye mcm nk jerit je..Ada sesetengah orang panggil mata ikan. Zirah ada google gambar, tapi cam geli lak nak letak kat blog hehe. Paham-paham je la ye camner mouth ulcers tu. Kalau tak tau gak, sila google sendiri.siap study pasal ulser lg..

Dalam kes zirah ni, puncanya zirah sendiri tak pasti. Taktau sama ada tergigit bibir sendiri, ataupun kurang minum air masak, ataupun tercucuk sesuatu sewaktu makan. Tapi jikalau digoogle, antara punca ulser ialah seperti berikut:

1) Kurang Vitamin B12
2) Kurang asid folic dan zat besi
3) Stress (stress apa-apa saja)
4) Hormones tidak seimbang. Yaa mari kita salahkan hormones.

Ulser mulut ni petanda yang sistem imunisasi korang dalam keadaan yang err.. under pressure? Ahhh google ni semua nak salahkan stress je. Padahal entah-entah sebab terodok mulut ngan berus gigi, hahahah.

Ulser mulut ni biasanya dia akan hilang lepas seminggu atau 10 hari. Bergantung la macam mana cara korang merawat dia kan. Macam zirah ni, rasanya seminggu bru baik.gara2 keje n x sempat nk g cari ubat..nk guna cara tradisional mmg x la...x kental mana pon

Cara merawat ulser

Ada macam-macam cara nak rawat ulser ni. Tapi cara paling kejam ialah dengan meletak garam kat tempat yang kena ulser tu. Kalau zirah letak garam, gamaknya MC dua hari kot. huiiiii.. takleh imagine kalau zirah letak garam. Ataupun kumur dengan air garam pun cadangan yang zirah tak boleh terima. Ini sangat menyeksakan.

Boleh jugak letak Bonjela.Umh zirah mmg x de bonjela..dh abis..tp mls n x de masa nk g beli

Kawan zirah suggest letak ais. Zirah tak pasti keberkesanan dia, tapi kalau minum air sejuk, memang macam rasa lega sikit. Sikit lah.

Then next suggestion, letak marjerin. Adeh marjerin ni payah sikit. Bila letak kat mulut je, rasa nak makan. Makanya macam mana la dia nak jadi obat kan. Letak je, habis. Letak je, habis.

Letakkan asam keping kat tempat kena ulser tu. Nescaya akan histeria. Tak rela mak. Ni satu lagi cara yang menyeksakan. Tak mahu.

Makan jelly yang sejuk.mlas la pulak g cari masa ulser ari tu

Jangan makan makanan pedas. Tapi semalam baru je makan sup sayur, lepas tu ada sambal belacan pulak, hahahaha.

Kenapa la semua cara merawat semuanya macam ada unsur-unsur penyeksaan? Isk. Tapi alhamdulillah..ulser zirah dah baik






Tips kejut sahur

TIPS KEJUTKAN ORG BANGUN SAHUR. KHAS BUAT MEREKA YANG LIAT BANGUN.

1. Pegang anak jari kiri atau kanan sambil memanggil nama dia perlahan-perlahan.
2. Sentuh bahu orang yang tidur tu dan goyangkan perlahan-lahan sambil panggil nama dia.
3. Renjis air dekat muka dia.
4. Tampar manja pipi dia.
5. Tutup kipas atau air cond.

Tapi kalau still tak ada effect,

1. Jerit nama dia sekuat hati...
2. Gigit ibu jari kaki dia, macam hantu toyol gigit
3. Simbah air sebaldi, kalau boleh air rendam baju dalam dan stokin busuk korang
4. Tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
5. Goyang badan dia kuat - kuat dan jerit 'tsunami!' tsunami!

Tapi kalau still tak ada effect gak,

1. Pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia banyak - banyak kali...
2. Pergi dekat dengan dia dan baca je surah Yaasin!

Tapi kalau still tak ada effect gak...Ni je la cara terakhir

1. Panggil je orang masjid atau surau untuk uruskan...kerana Tuhan lebih menyayanginya... Innalillahi wa inna ilaihi roji un...

Tuesday 10 July 2012

BPO'12


     Assalamualaikum n selamat sejahtera...dah lama zirah x update blog nie..sorry sgt2...bkn x nk update,tp tah la,mungkin sbb malas kot..malas nk taip walaupon bnyk cerita yg blh dikongsi...hahaha..ok semua org mesti tahu kebanyakan bdk2 U sekarang semua tgh cuti semester..ada yg start awal ada yang start lambat..klau bdk2 Universiti Putra Malaysia,dyorg start hujung bln 6 ari tu smpai awal bln 9 nnt...selamat bercuti ea semua..hihihi...masa cuti nie la bnyk sgt program yg best telah dianjurkan dan sedang dianjurkan..tidak terkecuali la kolej tempat zirah berteduh,menimba pengalaman..mcm2 la...lps abis exam ari tu, Majlis Tertinggi Mahasiswa kolej n pihak pengurusan kolej telah mengadakan BENGKEL PERANCANGAN & PEMANTAPAN ORGANISASI 2012 @ BPO'12..mesti yg ramai ingt,bengkel nie hnya utk MTM & MPM kolej sahaja...sebenarnye tak...terdapat jgk wakil2 sekt yg menyertai bengekl ini bg merancang aktiviti utk sesi yg bru nnt..

     Sepanjang program nie berjalan selama seminggu,pelbagai input yg kami dpt,dari segi perancangan aktiviti,bajet,cara pembuatan surat,merancang aktiviti sekt,sistem merit,,rugi siapa yg dapat tawaran utk join BPO tapi tolak sebab pk nk cuti awal..mmg la kami blik lambat,tp apa yg kami dpt tu sgt2 berguna..kira x membazir masa la kami blik lambat tu..input bnyk sgt...bkn bloh beli dkt mana2 pon..hihihi..(nie bkn bodek ea,hakikat)..klau join mesti tahu..masa awal2 dulu zirah punya la harap x kena pergi,bila nama naik n kena pergi,1st2 mmg frust..tp lps ikhlaskan hati n join,mmg seronok...selain ilmu yg kami dpt,hubungan kami semua makin erat...tak ada erti musuh antara kami semua...hubungan kekeluargaan tu makin erat...hahaha... malah hubungan kami dgn pihak pengurusan n felo2 kolej blh la dikatakan rapat...seriusly rasa pengalaman nie sgt2 berharga n berguna...kenangan manis

--> gambar masa BPO fasa satu blh tngk dkt sini BPO FASA 1
--> gambar masa BPO fasa dua bg sesi pelajar blh tngk dkt sini BPO FASA 2 (PELAJAR)
--> gambar masa BPO fasa dua bg sesi felo n pihak pengurusan blh tngk dkt sini BPO FASA 2 (FELO & PIHAK PENGURUSAN

gambar2 kami sepanjang BPO fasa 1 & 2

hari terakhir BPO fasa 2

masa baru sampai dekat resort



BPO fasa 1 : sesi asas protokol


otw balik kolej,singgah makan kenduri rumah kak jaz


aktiviti riadah waktu ptg di melaka



persiapan tempat utk sesi pembentangan waktu mlm
zirah dikala waktu senja...hihihi

selesai utk cerita pasal BPO'12 kali nie...selamat bercuti semua...dan selamat menimba pengalaman sepanjang cuti nie ^_^