Showing posts with label Pengetahuan. Show all posts
Showing posts with label Pengetahuan. Show all posts

Monday, 15 July 2013

Petua Cantik Dengan Ciptaan Allah

Semua orang pasti mengimpikan rambut yang cantik
dan sihat.Masalah rambut gugur, bercabang atau 
berkelemumur merupakan antara masalah rambut 
yang sinonim diperkatakan. Hakikatnya, terdapat 
pelbagai jenis masalah rambut yang menghantui diri 
kita. Oleh itu, pelbagai produk penjagaan rambut 
di komersialkan. Namun, masalah rambut kita 
masih tidak dapat di selesaikan.



Justeru itu, cara tradisional mula menjadi pilihan. Di samping murah, mudah dan tidak mempunyai bahan kimia, cara tradisional membuatkan kita lebih menghargai ciptaan Illahi serta mendalami hikmah setiap ciptaanNya. Dan yang paling menyakinkan kehalalannya kerana kita yang menyediakannya sendiri.

Jom kita intai petua untuk rambut yang cantik dan sihat ^^


Petua 1 :: Mengelakkan Rambut Gugur ::
Dapatkan beberapa helai daun lidah buaya dan daun bunga raya. Ramas atau mesin hingga lumat dan lumurkan di atas kepala selama lebih kurang satu jam dan di cuci bersih.Ulangi beberapa kali selama seminggu. InsyaAllah pasti membuahkan hasil.
Daun bunga raya bertindak melembutkan rambut dan lidah buaya pula boleh menyejukkan serta menyamankan kulit kepala. Ini dapat mengelakkan rambut gugur dan bertindak sebagai perapi rambut


Petua 2 :: Elak Rambut Gugur-Rambut Lembut Dan Harum ::

Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam sebuah bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa di syampu.


Petua 3 :: Rambut Berminyak ::

Campurkan sedikit syampu bersama kuning telur di dalam semangkuk air suam dan cucilah rambut seperti biasa. Lakukannya dua kali dalam seminggu. InsyaAllah masalah rambut berminyak akan dapat diatasi.


Petua 4 :: Masalah Rambut Kering ::

Rawatan minyak panas amat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah ini. Caranya ialah panaskan minyak (minyak sayuran) kemudian lumurkan pada rambut menggunakan jari. Kemudian tekupkan kepala dengan tuala yang diwapkan. Biarkan dalan 20 minit dan bersihkan.


Petua 5 :: Menghitamkan Rambut ::

Bakar isi kelapa tua kemudian di parut dan dapatkan patinya. Lumurkan pada kepala hingga 10 minit dan bersihkannya.


Petua 6 :: Rambut Berbuah ::

Ramas daun pinang. Kemudian campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Biarkan selama 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.


Petua 7 :: Meluruskan Rambut ::

Ambil santan perahan dari sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.


Petua 8 :: Rambut Cepat Panjang ::

Ambil beberapa batang serai, kemudian ketuk serai agar batangnya pecah sedikit dan rebus selama beberapa minit sehingga naik aroma. Setelah itu, sejukkan. Ambilkan air rebusan serai tadi dan sapukan di kepala. Selain mempercepatkan proses pemanjangan rambut ia juga mampu menyejukkan kulit kepala.


Petua 9 :: Elak Rambut Mudah Beruban ::

Bancuh sedikit minyak kepala, lender dari daun lidah buaya dan air limau nipis sehingga sebati. Kemudian lumurkan pada kepala sebelum mandi. Biarkan selama setengah jam kemudian bilas hingga bersih.


Petua 10 :: Melebatkan Rambut ::

Lumurkan minyak sapi ke seluruh kulit kepala. Kemudian, bungkus kepala dengan menggunakan tuala yang kering. Biarkan semalaman. Keesokkan harinya, bilas sehingga bersih. Amalkan dua minggu sekali.


Petua 11 :: Rambut Bercabang ::
Ambil daun bunga raya yang bersih, ramas sehingga keluar lender. Ambil lendirnya dan campurkan dengan sebiji telur ayam kampung berserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut. Perap dengan tuala selama 10 minit dan kemudian bilas dan keringkan rambut. Amalkan dua kali seminggu.

Selamat Mencuba!!! ^^

Friday, 12 July 2013

Sindrom Ketika Tarawih

traight to the point, datang Ramadan makanya dapatlah lagi kita lihat beberapa sindrom yang OMG yang selalu berlaku semasa tarawih di masjid, surau atau musolla baik di Malaysia, di Korea, di Mekah, di Madinah mahupun di Malaysia, di Korea, di Mekah, di Madinah. Hehe ulang sama je sebab pernah terawih dekat empat negara ni je setakat ni. Negara lain mungkin sama, mungkin tidak.

Actually masa solat fardhu lain pun sindrom ni ada cuma mungkin jemaah masa tu tak ramai jadi susah sikit untuk perasan. Ia bukanlah sindrom yang kronik, jika ramai yang sudi melupakan kepentingan diri dan rela memudahkan urusan orang lain, inshaAllah boleh diatasi dengan mudah. Calon-calonnya adalah..


PERTAMA. Sindrom 'My territory. Park at your own risk.'



Haaa, pernah jumpa sindrom ni.? Datang masjid, bawa sejadah sendiri, hampar. Pilih kedudukan berhampiran kipas atau di sebelah tiang atau pintu supaya mudah keluar. Bila imam seru untuk betulkan saf, golongan yang ada sindrom ni dengan yakin engggan berganjak dari 'territory' mereka itu. Tidak kira saf depan masih kosong atau safnya sendiri tidak rapat, mereka masih tegar di situ. Bila jemaah sekeliling bagi isyarat kepada mereka supaya sempurnakan saf, buat-buat tak pandang atau terus mula solat atau pandang dan suruh jemaah lain yang sempurnakan. Familar kan.?

Rasulullah saw bersabda: "Tidak ada suatu langkah yang sangat dicintai oleh Allah daripada langkah seseorang hamba untuk menyambung (menyempurnakan) saf (dalam solat)." [HR Abu Daud]

Kita hanya perlu menggunakan kurang 50 kalori tenaga untuk melangkah ke tepi mahupun bergerak ke hadapan untuk penuhkan saf yang 'rongak', tetapi subhanAllah, langkah itu adalah langkah yang sangat dicintai Allah. Nampak kecil pada mata, tapi usahanya besar di sisiNya. Manakan tidak, kurang sempurna solat kita jika saf jemaahnya kurang sempurna. MashaAllah, hanya dengan berganjak beberapa langkah, kita telah berjaya sempurnakan solat jemaah-jemaah lain juga. Tak sempat berpeluh pun kan.? Nak Allah sayang tak.? Lepas ni, pakat berebut peluang untuk rapat-rapatkan saf ya kenalanku.! Jangan tolak orang lain sudah.


Oh, kadang-kadang kita dah rapat-rapat tapi masih ada jemaah yang kurang peka tentang ini. Ingat, jika kita terus solat tanpa cakna dengan saf kita yang tidak sempurna itu, solat kita juga dua kali lima jadinya. Jangan kita lepas tangan pula. Mainkan sedikit peranan. Mungkin kita boleh mengajak mereka dengan lembut dengan berkata, "Boleh penuhkan saf.? Besar pahala kamu kerana tolong sempurnakan solat jemaah lain.". Senang kan.? Kalau tak dengar jugak, starlight je dahi dia. Haaa.


KEDUA. Sindrom 'Awas! Saf bengkang bengkok di hadapan.'



Haaa, sindrom ni lagi banyak boleh nampak kan.? (Maap ler terover pula bengkang bengkok gambar hiasan ni ha). Tapi sindrom ni memang agak kronik. Boleh kata hampir semua saf macam ni. Tak ramai yang peka dengan seruan kepentingan meluruskan saf ketika solat. Sangat penting.

Dari sahabat Nu'man bin Basyir ra: Dulu Rasulullah meluruskan saf kami sehingga seakan beliau meluruskan anak panah, sampai beliau menganggap kami telah memahaminya. Beliau pernah keluar pada suatu hari, lalu beliau berdiri sampai beliau hampir bertakbir, maka tiba-tiba beliau melihat seseorang yang membusungkan dadanya dari saf. Maka beliau bersabda, "Wahai para hamba Allah, kalian akan benar-benar akan meluruskan saf kalian atau Allah akan membuat wajah-wajah kalian berselisih." [HR Muslim]

Jika dikenang zaman Rasulullah dahulu, tentera islam pada zaman itu sangat berdisiplin. Apa rahsianya.? Salah satunya adalah kerana disiplinnya mereka dalam meluruskan saf. Masih tidak nampak apa relevannya.? Ok cuba tengok barisan kawat dalam tentera. Barisannya lurus macam diukur dengan pembaris baq hang.! Kita tengok pun kagum kan.? Nampak disiplin, tersusun dan teratur. Untuk rekod, Rasulullah adalah pengasas as-saf, sistem barisan dalam perang. Jadi, disiplinnya kita dalam meluruskan saf dapat membantu kita untuk disiplin dalam kehidupan seharian juga.

Bagi saya, melurus dan merapatkan saf mampu menyatukan hati umat islam. Mana tak nya, bahu I bersentuhan dengan bahu you, kaki I bersentuhan dengan kaki you. Loving kan bunyinya.? Secara tak langsung ia dapat menimbulkan rasa rendah diri dalam diri, tak kira kita kaya atau miskin, cantik atau hodoh (cantik itu subjektif ok hoho), busuk atau wangi, semua duduk rapat-rapat, erat-erat menandakan yang kita ni sama manusia di sisi Allah. Gittew..


KETIGA. Sindrom 'Give way, I'm praying.'



Haaa, sindrom ni dapat dilihat di masjid yang anjurkan solat tarawih 20 rakaat dan agak sesak dengan jemaah. Sebilangan besar memilih untuk bertarawih 8 rakaat sahaja. Bagi yang memilih untuk solat sunat witir di sana, mereka akan mencari ruang-ruang untuk lakukannya sebelum pulang. Tetapi, ada sesetengah mereka ini kurang bijak dalam pemilihan tempat untuk bersolat witir. Mereka memilih untuk terus solat di kedudukan solat tarawih mereka walaupun tempat itu berhampiran jalan keluar jemaah-jemaah lain yang memilih untuk tidak berwitir. Ada juga yang bersolat di bahagian belakang ruang solat kerana tidak mahu bercampur dengan jemaah yang bertarawih 20 rakaat tanpa sedar mereka menyebabkan jemaah lain terpaksa lalu di hadapan mereka untuk ke pintu keluar. So selfishy fishy right.? Bukankah kita disarankan Allah supaya memudahkan urusan orang lain.?

Rasulullah saw bersabda: "Barang siapa yang memudahkan urusan saudaranya di dunia, nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat." [HR Muslim]

Hambik kau.! Dapat ganjaran dunia akhirat sekali. 2 in 1. Actually I just do not know what to comment on this matter. Macam... benda ni basic kan.? Semua orang boleh fikir tempat-tempat begitu sangat tidak sesuai untuk solat, terutama pada 'peak hour' macam tu. Saya yakin mereka juga sedia maklum yang tempat itu kurang sesuai, cuma mungkin mereka terlupa untuk fikir tentang kebajikan jemaah-jemaah lain sekali. Susah kita sikit tidak apa, asal memudahkan ramai saudara lain. Macam saya cakap tadi, tak sampai 50 kalori pun tenaga yang perlu diguna untuk kita cari tempat yang lebih sesuai :) (panjang juga komen rupanya)

Ok, dah habis dah makcik membebel. Kepada mereka yang menghadapi sindrom ini, mungkin boleh pertimbangkan concern saya ini. Pada yang menjadi mangsa sindrom ini, mungkin boleh sebarkannya kepada orang ramai supaya kita dapat kawal sindrom ini dari melular. Semoga Ramadan ini menjadi titik tolak perubahan kita, dan semoga perubahan kita menjadi magnet kepada orang sekeliling untuk menarik mereka berubah juga.


*gambar hiasan di atas menggunakan jemaah muslimat bukan kerana saya anti lelaki tetapi kerana senang nak lukis sebab tak perlu lukis tangan dan kaki. Hehe.. Jadi untuk fair and square, saya sertakan gambar jemaah mulimin yang saya google di bawah ini. Kekeke kbai.!



Nukilan Kak Farahlee dr blognye --> Kunfayakun

Thursday, 11 July 2013

Kehebatan Fatimah Az-Zahra

Tahukah anda siapa Saidatina Fatimah? Saidatina Fatimah az-Zahra r.a. adalah puteri bongsu Rasulullah S.A.W, Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim bersama isteri tercinta Saidatina Khadijah Bin Khuwailid.

 Beliau merupakan anak yang ke-empat Rasulullah S.A.W. yang 
mana dilahirkan pada penghulu hari iaitu hari Jumaat bersamaan 
20 Jamadil Akhir. Saat kelahiran puteri kesayangan Rasulullah 
bertempatan dengan selesainya orang Quraisy membina Ka’bah. 
Kelahiran Saidatina Fatimah az-Zahra memberi kegembiraan 
kepada Rasulullah S.A.W. Baginda berkata kepada 
Saidatina Khadijah,                                                                                                  

Beliau merupakan anak yang ke-empat Rasulullah S.A.W. yang 
mana dilahirkan pada penghulu hari iaitu hari Jumaat bersamaan 20 Jamadil Akhir. Saat kelahiran puteri kesayangan Rasulullah bertempatan dengan selesainya orang Quraisy membina Ka’bah. Kelahiran Saidatina Fatimah az-Zahra memberi kegembiraan kepada Rasulullah S.A.W. Baginda berkata kepada Saidatina Khadijah,


“Wahai Khadijah sesungguhnya dia (Fatimah) adalah manusia yang diberkati dan sesungguhnya Allah S.W.T memberi keturunuan darinya.”

Kegembiraan Rasulullah bertambah lagi dengan kemiripan Fatimah az-Zahra dengan baginda Rasulullah S.A.W dan direkod oleh Al-Hakim meriwayatkan daripada Anas Bin Malik r.a berkata,

“Sesungguhnya Fatimah az-Zahra adalah seorang yang sangat mirip dengan Rasulullah S.A.W. dengan memiliki kulitnya putih, bibirnya merah dan rambutnya hitam.”

Menurut Ummul Mukminin Ummu Salamah r.a :

“Fatimah az-Zahra adalah anak Rasulullah S.A.W. Dia adalah seorang yang memiliki perwatakan mirip dengan Rasulullah S.A.W.

Manakala daripada Aisyah Ummul Mukminin r.a berkata,

“Saya tidak pernah melihat seorang pun dari ciptaan Allah S.W.T. (manusia) yang serupa ucapan dan perkataannya dengan Rasulullah S.A.W. selain Saidatina Fatimah az-Zahra.”

Saidatina Fatimah az-Zahra memiliki banyak gelaran antaranya Az-Zahra, Ash-Shadiqah, Al-Batul dan Ummu Abiha. Tetapi gelaran paling dikenali ialah Az-Zahra yang mana gelaran ini diberikan oleh ayahandanya sendiri Rasulullah S.A.W. yang bermaksud bunga bagi Nabi S.A.W. kerana memiliki kulit yang putih. Diriwayatkan dari Ja’far Bin Muhammad Bin Ali r.a dari ayahnya berkata,

“Saya bertanya kepada Rasulullah tentang Fatimah, “Kenapa kamu menamakannya dengan Fatimah?” Baginda menjawab. “Kerana jika dia berdiri di mihrobnya dia akan memancarkan cahaya bagi penghuni langit sebagaimana bintang menyinari penghuni bumi.”

Walaupun Saidatina Fatimah anak Rasulullah S.A.W., beliau juga melayari kehidupan seperti bangsa arab lain dengan mengamal cara hidup yang sederhana serta tidak mendesak Rasulullah S.A.W memberi khadam kepadanya walaupun beliau hidup susah.

                                  

Bersederhana

Umum mengetahui Saidatina Fatimah Az-Zahra memiliki budi pekerti mulia kerana beruntung sejak kecil lagi diasuh dan dididik dengan akhlak mulia oleh ibubapanya Rasulullah S.A.W. dan Saidatina Khadijah bin Khuwailid. Saidatina Fatimah merupakan seorang yang sabar dan tabah menghadapi ujian hidup ini dapat dilihat semasa keperitan hidup yang dilalui yang mana mengamalkan konsep keserhanaan walaupun beliau puteri Rasulullah S.A.W. serta tidak tamak menggunakan harta Baitul Mal untuk kepentingan peribadi.

Taat Agama & Suami

Beliau juga seorang yang taat kepada agama dan suami. Beliau sentiasa menjaga maruah sebagai isteri, membantu suaminya melakukan kerja-kerja harian seperti menumbuk gandum, menguli tepung dan membakar roti serta tidak pernah ingkar suruhan suami, serta menyokong perjuangan dakwah suaminya iaiti Saidina Ali r.a.

Pemurah

Fatimah juga memiliki sifat pemurah dan bertanggungjawab serta mempunyai semangat jihad yang tinggi. Sifat pemurah Saidatina Fatimah dapat dilihat menerusi peristiwa kedatangan Salman yang kelaparan datang ke rumahnya untuk meminta makanan. Ketika itu walaupun Saidatina Fatimah juga tidak memiliki apa-apa makanan , beliau memberikan tudungnya kepada Salman agar ditukar dengan jagung milik Shamoon; seorang yahudi yang mana akhirnya memeluk Islam.

Sanggup Berkorban

Selain itu juga, Saidatina banyak membantu Rasulullah S.A.W dalam menegakkan agama Islam. Beliau juga sama-sama berkorban untuk mengembangkan agama Islam yang dibawa oleh ayahnya dan pengalaman yang dilaluinya mengajar beliau hidup lebih tabah dan sabar. Sifat beliau yang lebih mengutamakan keperluan orang lain berbanding dengan keperluan sendiri ini harus diteladani oleh kaum Muslimat hari ini.

Ibu Mithali

Hasil perkahwinan bersama Saidina Ali r.a, mereka dikurniakan enam orang anak iaitu Hassan, Husain, Muhassin, Zaynab, Ummu Khalsum dan Ruqayah. Saidatina Fatimah juga berjaya menjadi seorang ibu yang baik untuk anak-anak mereka yang mana tidak pernah membantah Saidatina Fatimah. Hasil didikan sempurna melayakkan al-Hassan, al-Hussain dipilih menjadi Saiyidan Syabab Ahli Jannah, manakala Zainab pula mengadakan majlis Pengajian Khusus untuk wanita(Ahli sastera Islam).

Sumbangan Kepada Perjuangan Islam


Kalau kita lihat banyak sumbangan Saidatina Fatimah dalam perjuangan Islam, antaranya menjadi pendorong dan motivasi kepada Rasulullah S.A.W. ketika Rasulullah S.A.W. menerima tekanan kaum Quraisy Mekah.

Selain itu, muslimah hebat ini turut membantu menyediakan makanan untuk tentera Islam yang menggali parit dalam peperangan Khandak.

Beliau menjadi seorang isteri yang solehah dengan memberi khidmat kepada suaminya Saidina Ali menyampaikan dakwah dan membuat persiapan untuk memasuki medan peperangan. Beliau juga tidak terkecuali membantu bersama-sama dengan wanita Islam memberi rawatan kepada tentera Islam yang cedera dalam peperangan Uhud.

Begitu hebat dan mulia pengorbanan yang diberikan oleh Saidatina Fatimah dalam membantu perjuangan Islam sejak kecil sehingga kewafatannya.


Saidatina Fatimah meninggal dunia enam bulan selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. ketika beliau berusia 28 tahun dan dimakamkan oleh suami tercinta di Janat Ull baqih, Madinah. Sebelum meninggal beliau sempat meninggalkan 3 wasiat. Pertama, supaya Saidina Ali r.a berkahwin dengan Amamah bin al-Ash Bin Rabi’ yang merupakan anak saudaranya Zainab r.a.

Berkata Saidatina Fatimah,

“Sesungguhnya dia akan menjadi seorang ibu bagi anak-anakku seperti diriku dalam hal kasih sayang (yang ada padaku) dan juga kecintaan (yang ada padaku).

Kedua, membuat keranda untuknya yang berbentuk tempat tidur yang diikat dengan pelepah kurma yang menjadi pegangan dari tempat tidur (berbentuk seperti keranda), dan ia ditutupi dengan kain.

Ketiga, meminta suaminya menguburkannya di waktu malam di Baqi”.

Kehebatan Saidatina Fatimah az-Zahra harus kita contohi melalui sifat-sifat keperibadiannya yang unggul dan hebat. Sekiranya kaum muslimat samada seorang anak, isteri dan ibu dapat meniru dan meneladani sifat-sifat ini dapat kita menjalani kehidupan yang diredai serta mendapat kebahagian.

Monday, 8 July 2013

Khasiat Mangga – Bukan Sekadar Sedap

“Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuhan-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan Kami keluarkan pula zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah, dan (perhatikan pula) kematangannya. Sesungguhnya, pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.” (al-An’aam [6]: 99)

Di dalam ayat-ayat Al-Qur`an, Allah menyuruh manusia supaya memperhatikan keberagaman dan keindahan disertai seruan agar merenungkan ciptaan-ciptaan-Nya yang amat menakjubkan.

Al-Qur`an menyebutkan sejumlah buah-buahan yang oleh ilmu pengetahuan modern ditegaskan memiliki khasiat untuk mencegah beberapa jenis penyakit. Antaranya adalah kurma, anggur, zaitun, tin, dan delima.

Terdapat pelbagai jenis buah-buahan yang memberikan manfaat pada tubuh manusia dalam berbagai cara, juga enak rasanya seperti buah mangga.

Mangga merupakan tanaman yang lazimnya ditemui di kawasan Asia. Secara ilmiah ia dikenal dengan nama Mangifera Indica dan digolongkan ke dalam kelompok suku Anacardiceae. Pohon dari tanaman mangga berupa kayu dengan ketinggian batang yang mampu mencapai angka maksimal 40 meter.



Jus mangga, jus yang digemari ramai

Secara tradisional, tanaman mangga boleh digunakan untuk mengubati luka dan dapat digunakan untuk merawat infeksi yang disebabkan oleh bakteria. Apabila seseorang mengalami luka, maka daun mangga diambil lalu dikemam dan diletakkan pada luka tersebut. Bagi individu yang mengalami ulcer pada bagian perut, tanaman ini juga boleh digunakan untuk mengubati penyakit tersebut.

Ini terbukti dengan kajian secara saintifik di mana para saintis mengisolasi struktur antibakteria yang boleh membunuh bakteria dan struktur antiinflamasi yang dapat menyembuhkan luka. Disamping itu, para saintis juga dapat mengisolasi struktur antiulcerogenic pada tanaman tersebut yang dapat menyembuhkan ulcer pada perut.

Secara saintifik, tanaman mangga mengandung vitamin C, vitamin A, vitamin B6, vitamin E, pektin, fosfor, kalium, magnesium, astragalin, betakaroten, quercetin yang sangat diperlukan oleh tubuh. Berkat kekayaan komponen, mangga mempunyai pelbagai khasiat yang bermanfaat untuk kesihatan badan.

Malah sehingga kini, para saintis masih lagi mengkaji dan merungkai 1001 khasiat dari buah mangga. Antara khasiat yang ditemui adalah:


1. Mencegah kanser
Buah mangga mengandungi komponen antioksidan seperti quercetin, astragalin, isoquercitrin, fisetin, asam galat, dan methylgallat. Kandungan antioksidan tersebut dapat membantu melindungi tubuh dari serangan radikal bebas penyebab beberapa jenis kanser. Kanser yang lazim adalah seperti kanser usus, prostate, leukimia, dan payudara. Radikal bebas adalah molekul-molekul tak stabil yang dihasilkan oleh berbagai proses kimia normal tubuh, radiasi matahari, asap rokok, dan sebagainya.

2. Menurunkan kadar kolestrol
Buah mangga yang berwarna kuning ini mengandungi vitamin C yang tinggi. Vitamin C ini mampu mendetoksikan darah dari unsur-unsur yang tidak penting seperti kolesterol jahat, Secara tidak langsung, mencegah dari penyakit obesiti.

3. Menyihatkan Mata
Vitamin A yang terdapat dalam buah mangga memberikan perlindungan kepada mata dari serangan beberapa radikal bebas penyebab penyakit katarak, mata kering dan sebagainya. Selain itu, mata juga akan menjadi lebih cerah dan kesegaran mata dapat dikekalkan sepanjang hari.

4. Membantu pencernaan dalam tubuh
Mangga memiliki peranan penting dalam menghilangkan masalah seperti gangguan pencernaan. Mangga membantu masalah pencernaan enzim secara semulajadi. Bahan aktif dalam mangga seperti ester, terpene dan aldehida berpengaruh dalam meningkatkan nafsu makan dan juga meningkatkan pencernaan

5. Mencegah strok
Mangga mengandungi kalium yang berfungsi untuk meningkatkan keteraturan tekanan jantung dan membantu untuk otot berfungsi dengan baik. Pengambilan kalium yang memadai akan menyebabkan tekanan darah menjadi stabil, dan mengurangkan kemungkinan mendapat penyakit jantung dan pembuluh darah.



Sedap dan berkhasiat


6. Menyihatkan otak dan meningkatkan daya memori
Mangga kaya dengan vitamin. Sebagaimana banyaknya kandungan vitamin C, mangga juga mempunyai vitamin B-6 yang sangat penting untuk mempertahankan dan meningkatkan fungsi otak. Vitamin ini membantu untuk menggabungkan neurotransmitter utama yang memberikan kontribusi dalam menentukan keadaan hati dan perubahan pola tidur. Selain itu, kandungan asam Glutamin di mangga mampu meningkatkan konsentrasi dan daya memori.

7. Menghaluskan kulit
Buah yang memiliki rasa manis asam ini ternyata juga mampu menghaluskan kulit serta menghilangkan jerawat, kerana kandungan vitamin A yang terdapat dalam buah mangga mampu memaksa sel-sel kulit untuk kembali atau melakukan proses regenerasi lebih cepat dengan membawa sel-sel kulit baru yang segar ke permukaan. Kulit akan lebih halus dan sihat.

8. Melegakan panas dalam
Mangga juga berfungsi sebagai pendingin tubuh. Panas dalam disebabkan beberapa fakor dan biasanya di sebabkan oleh sistem pencernaan yang buruk dan faktor faktor lain, seperti : kekurangan vitamin C, kekurangan serat, kekurangan cairan tubuh (dehidrasi), memakan makanan yang bersifat panas dan berlemak seperti gorengan, atau bahkan disebabkan cuaca panas. Kandungan Vitamin C yang terdapat pada buah mangga memiliki kemampuan untuk meningkatkan kekebalan tubuh sehingga mampu meredakan penyakit panas dalam lebih cepat.

Saturday, 29 December 2012

Hadist Rasulullah SAW Mengenai wanita

Bismillah.

19 Hadist Rasulullah SAW Mengenai wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam
rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang limawaktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab rasulullah, “Suaminya. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. “Barangsiapa mempunyai harta yang banyak, akan lama hisabnya pada hari Akhirat.” Hadits Riwayat :Imam Ahmad bin Hambal

Perisai Muslimah


Muslimah itu seorang wanita islam yang berperibadi islam. Solehah pula, seorang wanita islam yang berperibadi islam dan beristiqomah dengan keperibadiannya, hanya menurut pandanganku sahaja. Jadi, jika ingin menjadi solehah, wajiblah menjadi muslimah terlebih dahulu.

Perisai itu, ianya besar dan melindungi hadapan dan belakang. Bukan hanya pahlawan pedang dalam sebuah peperangan sahaja mempunyai perisai. Tapi perisai ini akan sentiasa ada pada seorang muslimah yang solehah. Perisai ini bisa ditembusi panahan panah juga acuan peluru, tapi itu bukan bererti ia lemah atau tidak boleh melindungi. Kuasanya lebih hebat, mampu mematahkan niat yang jahat terhadap pemakainya.

Apabila perisai ini dibawa bersama seorang muslimah, ia tidak kelihatan seperti pahlawan perang bahkan muslimah ini kelihatan lebih 'sweet' dari wanita-wanita 'hot' yang tidak menutup aurat di luar sana. Kerana neraka itu 'hot', syurga itu 'sweet'.

Perisai, itulah tudung labuh. Semakin labuh tudungnya, semakin segan orang sekeliling terhadap pemakainya. Bukan mengharap penghormatan orang lain, cuma ingin memberitahu"aku seorang muslimah".

Dengan memakainya, muslimah itu sendiri terasa bahawa dia membawa amanah perisai itu. Menjaga setip gerak geri, itulah amanahnya. "sedarlah muslimah yang berperisai. Anda membawa amanah tudung labuh. Apabila ia melindungimu, jangan engkau membolosinya dengan gerak gerimu yang melampaui batasmu sebagai seorang muslimah, kerana apabila kau membolosinya, engkau juga membolosi perisai muslimah yang lain".

Kini, sedih apabila kedengaran di telinga, "orang pakai tudung labuh ni bukan baik sangat pun". Seorang sahaja yang membolosi perisainya, semua yang bertudung labuh turut terkena tempiasnya. Memakai tudung labuh juga bukan kerana ingin memberitahu bahawa "aku ni alim", tapi cuba untuk menjaga diri dari fitnah dunia.

Sekilas pandang di sebuah 'blog' milik seorang muslimah tidak di kenali, terbaca sebuah kata-kata yang berbunyi:-

"Jangan kau sangka labuh tudungku ini tanda alim diriku, aku juga sepertimu masih mencari-cari segenap cahaya buat menerangi sepanjang perjalanan. Kerana tudungku ini bukan setakat menutupi tetapi melindung jua mengingatkan diri ini menjaga setiap gerak geri kerana akhlaq itu bunga diri".

Buktikanlah anda seorang muslimah yang berkeperibadian seperti seorang muslimah.

Wahai muslimah, menutup aurat itu satu kewajipan, tidak kiralah bagaimana gayanya. Berpakaianlah seperti seorang muslimah, kerana pakaian melambangkan diri kita. InsyaAllah.

Monday, 20 August 2012

Takdir Di Hujung Usaha

"Nak buat macam mana ni...? saya buat sehabis baik dah..."

"Alaa, kita kan dah usaha... kenapa jadi gitu plak..."

Ya, setelah berusaha dan bertawakkal, maka terimalah ketentuan yang sedang berlaku.

Urusan manusia adalah usaha. Usaha itu sunnatullah.

Takdir pula adalah urusan Allah. Menjadi penentu terakhir. Kedua-duanya sama penting dan sama perlunya di dalam kehidupan.Manusia perlu berusaha, dan takdir Allah yang akan menentukan kata akhirnya.

Imam Ghazali dalam ungkapannya pernah mengatakan, "Usaha tanpa tawakkal adalah kesombongan. Tawakkal tanpa usaha adalah sia-sia". Tugas manusia adalah berusaha dan berusaha sebelum menyerahkannya kepada Allah. Usaha itu pula hendaklah mematuhi peraturan sunnatullah yang Allah telah tetapkan, iaitu hendaklah seiring jalan syariah yang dibernarkan di dalam Islam.

DApabila disebutkan bahawa,Allah hanya melihat usaha dan tidak kepada hasilnya, maka perlu kita tekankan bahawa usaha itu juga perlulah berkualiti dan secukupnya dari segi kuantiti.

Janganlah sekadar bergantung kepada "aku dah usaha", sebaliknya perlu mencari di mana silapnya semasa kita berusaha,dan seterusnya mengambil langkah memperbaikinya.

Menyalahkan takdir semata-mata,mahupun redha membuta,bukanlah jalannya.

Analoginya jika kita membuat kek, lalu setelah dibakar di dalam ketuhar, kita tidak mendapat hasil yang sepatutnya. Apakah yang kita akan lakukan?

1. Mencari dan menggunakan resepi kek yang lain?

2. Mengubah suai resepi sedia ada?

3. Menggunakan resepi sama buat kali yang seterusnya?

4. Atau mengalah dan berhenti berusaha lantas membiarkannya begitu sahaja?

Pilihan pertama dan kedua merupakan tanda keterbukaan kita dalam pendekatan. Menunjukkan bahawa kita tidak terikat kepada apa-apa selain matlamat yang jelas - contoh: membuat kek.

Pilihan ketiga menggambarkan kita yang mengharapkan hasil yang berbeza, dengan sekadar melakukan usaha yang sama. Ia mungkin dibenarkan untuk sesetengah perkara, namun tidak untuk kebanyakan yang lain.

Pilihan keempat pula menunjukkan seolah-olah kita lebih suka menyalahkan takdir daripada mengkaji usaha diri. Selain tidak menggunakan kegagalan sebagai bahan muhasabah. Lebih suka menyerah kalah sebelum berjuang habis-habisan.

Untuk mendapat hasil yang lain, sama ada hasil yang lebih baik atau sebagainya, maka mulakanlah dengan mencarinya melalui jalan yang berbeza.

Kesimpulannya, perlulah kita sentiasa mengekalkan prinsip kita walau dalam keadaan ingin memperbaiki usaha. Kadang-kadang kita tidak perlu membuat apa-apa perubahan terhadap usaha kita, walaupun kita mahukan hasil yang berbeza. Cuma perlu yakin terhadap prinsip yang tersedia. Jangan berubah!

Dan perlu akur terhadap kaedah umum, bahawa kita hanya mampu merancang, namun jangan kita lupa Allah juga Maha Perancang dan Maha Penentu segalanya.

Kita mentadbir, sedang Allah Pentadbir yang terbaik dan Pentaqdir atas apa yang kita tadbir.

Tuesday, 24 July 2012

Motivasi Dan Nilai Diri | iluvislam.com discover the beauty of islam

Motivasi Dan Nilai Diri | iluvislam.com discover the beauty of islam

Catatan Kemenangan Ramadan

Ramadan merupakan penghulu bagi segala bulan. Ramadan juga adalah madrasah jihad dan kemenangan sepertimana yang dicatatkan di dalam lembaran sejarah Islam. Antara peristiwa besar yang terpahat di dalam bulan Ramadan adalah:

1. Permulaan Nuzul al-Quran
Penurunan al-Quran adalah titik mula peradaban manusia. Ia telah menghapuskan kegelapan Jahiliyyah dan memancarkan sinar keilmuan Islam melalui kalam Ilahi. Di sinilah bermula tertegaknya Tamadun Islam yang berpandukan kitab suci al-Quran.

2. Kemenangan Dalam Peperangan Badar
Kemenangan tentera Islam dalam peperangan Badar pada tahun ke-2 Hijrah membuktikan ketinggian iman dan ketakwaan kepada Allah SWT mampu mengatasi bilangan musuh yang jauh lebih ramai. Kemenangan ini menjadi suntikan kepada umat Islam untuk terus menegakkan agama Islam.

3. Pembukaan Kota Mekah
Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadan tahun 8 Hijrah. Sebelumnya, Kota Mekah menjadi kota keagamaan bagi beberapa agama yang bersifat pagan, animisme dan tradisi masyarakat Quraisy. Sejarah pembebasan Kota Mekah menjadi kemuncak kepada kemenangan Islam khususnya kaum Mujahirin yang diusir oleh kaum kafir Quraisy.

4. Pengislaman Rombongan Dari Taif
Kedatangan rombongan Thaqif dari taif menemui Rasulullah SAW dalam bulan Ramadan pada tahun ke-9 Hijrah untuk memeluk Islam

5. Kemenangan Dalam Peperangan Qadisiyyah
Peperangan Qadisiyyah menyaksikan kemenangan Islam menumbangkan Parsi pada tahun ke-15 Hijrah.

6. Penguasaan Andalusia
Pada tahun ke-91 Hijrah, Tariq bin Ziyad berjaya menguasai Kota Andalusia. Peristiwa ini adalah permulaan bagi bertapaknya Islam di benua Eropah.

7. Kemenangan Dalam Peperangan Zallaqah (The Battle of Zallaca)
Pada pagi Jumaat, bersamaan 25 Ramadan tahun 479 Hijrah, berlaku peperangan Zallaqah (satu kawasan tanah rendah yang terletak berhampiran Portugis). Dalam peperangan itu, tentera Islam di bawah pimpinan Yusuf bin Tashfin telah mengalahkan tentera Perancis, pimpinan Raja Alfonso VI

8. Kemenangan Ke Atas Tentera Salib
Salahuddin al-Ayyubi mengalahkan Tentera Salib pada bulan Ramadan, iaitu pada tahun 584 Hijrah. Seterusnya, mereka berjaya mengambil semula bentang Safad.

9. Perang Ain Jalut
Kerajaan Mamalik mengalahkan pasukan tentera Tartar Monggol di Ain Jalut pada bulan Ramadan tahun 658 Hijrah.

10. Islam Sampai Ke Yaman
Rasulullah SAW mengutuskan Ali bin Abi Talib ke Yaman pada bulan Ramadan tahun ke 10 Hijrah, yang membawa kepada pengislaman penduduk Yaman.

11. Khalid al-Walid Meruntuhkan Berhala al-Uzza di Kaabah
Selepas peristiwa pembebasan kota Mekah, Rasulullah SAW telah memusnahkan 360 buah berhala di sekeliling Kaabah. Lima hari sebelum berakhirnya Ramadan pada tahun ke-9 Hijrah, baginda menghantar Khalid al-Walid untuk memusnahkan berhala al-Uzza di Nakhla.

12. Peperangan Yakhliz
Pada 15 Ramadan tahun 1294 Hijrah, tentera Islam di bawah pimpinan Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34 000 bala tentera telah menumpaskan tentera Rusia yang berjumlah 740 00 orang. Hampir 10 00 orang tentera Rusia terbunuh dalam peperangan itu. Ia menjadi kebanggan umat Islam yang sebelumnya diancam kerajaan Tzar di Rusia.

13. Tertawannya Garis Bar Lev
Kemenangan tentera Mesir dan Syria mengalahkan tentera Israel di Semenanjung Sinai pada bulan Ramadan tahun 1393 Hijrah. Ini menjadi pukulan hebat kepada tentera Israel yang cukup berbangga dengan kubu yang kebal itu.

Renungan
Sebahagian peristiwa di atas jelas, menunjukkan betapa tentera Islam makin bersemangat dengan kedatangan Ramadan. Ramadan dilihat sebagai satu bulan utk mengecas kekuatan ruh seterusnya mengalahkan nafsu syahwat. Kerana itulah mereka menuju ke medan jihad dengan diakhiri kemenangan.

Tentera Islam mempunyai kekuatan rohani dan jasmani berbanding tentera musuh yang cuma mempunyai kekuatan jasmani. Jiwa mereka kosong, hati mereka diselubungi ketakutan lantaran keberanian yang dizahirkan oleh tentera islam hasil daripada ubudiyyah mereka kepada Allah SWT.

Syeikh Dr. Fathi Yakan dalam bukunya, Maza Ya'ni Intima'i Li al-Islam menyebut, "Orang-orang yang terdahulu dari kita benar-benar mengetahui dan memahami bahawa dakwah mereka tidak akan mencapai kejayaan kecuali dengan jihad, pengorbanan, penyerahan harta kekayaan dan jiwa raga lantas merekapun mengorbankan diri dan harta benda mereka untuk perjuangan. Mereka berjihad pada jalan Allah dengan sebenar-benarnya. Mereka mendengar seruan Allah yang menyeru mereka."

Firman Allah SWT di dalam Al-Quran menyebut:-

قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ
اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)".
(Surah At-Taubah ayat 24)

Sebaik sahaja mendengar seruan yang berupa ugutan itu, merekapun terus menyambutnya. Mereka membebaskan diri mereka dari segala sesuatu yang mereka cintai dengan penuh kerelaan hati malahan mereka bergembira dan merasa bahagia dengan janji setia yang mereka berikan kepada Allah.

Malah ada di kalangan mereka yang bertarung dengan maut tetapi masih menyeru:

"Maralah menuju Allah dengan tidak membawa sebarang bekalan."

Ada juga di kalangan mereka yang mengorbankan seluruh harta benda yang dimiliki dengan berkata:

"Aku tinggalkan untuk keluargaku Allah dan rasulNya."

Ada juga di antara mereka yang bermadah sedangkan mata pedang sedang berada di atas batang tengkuknya:

"Aku tetap tidak peduli. Asalkan aku seorang Muslim. Biarpun diriku dibunuh mati. Untuk Allah kematianku pasti"

Demikianlah yang telah terjadi kepada mereka, mereka berjihad dengan jihad yang benar, pengorbanannya besar, penyerahan diri yang sungguh - sungguh. Justeru, sewajarnya bagi umat Islam mengambil ruh Ramadan untuk meraih kemenangan yang besar samada menentang hawa nafsu atau benar-benar menjadi hamba Allah yang soleh.

-->sumber iluvislam

Monday, 23 July 2012

Ulser Mulut

Minggu lepas,seminggu zirah kena tahan sakit dkt mulut...semuanye sbb ulser penuh dalam mulut..pedih giler...tmbh pulak keje perlukan kita berckp..lg la sakit...mmg masa keje tu than je..bt2 kental...tp sebenarnye mcm nk jerit je..Ada sesetengah orang panggil mata ikan. Zirah ada google gambar, tapi cam geli lak nak letak kat blog hehe. Paham-paham je la ye camner mouth ulcers tu. Kalau tak tau gak, sila google sendiri.siap study pasal ulser lg..

Dalam kes zirah ni, puncanya zirah sendiri tak pasti. Taktau sama ada tergigit bibir sendiri, ataupun kurang minum air masak, ataupun tercucuk sesuatu sewaktu makan. Tapi jikalau digoogle, antara punca ulser ialah seperti berikut:

1) Kurang Vitamin B12
2) Kurang asid folic dan zat besi
3) Stress (stress apa-apa saja)
4) Hormones tidak seimbang. Yaa mari kita salahkan hormones.

Ulser mulut ni petanda yang sistem imunisasi korang dalam keadaan yang err.. under pressure? Ahhh google ni semua nak salahkan stress je. Padahal entah-entah sebab terodok mulut ngan berus gigi, hahahah.

Ulser mulut ni biasanya dia akan hilang lepas seminggu atau 10 hari. Bergantung la macam mana cara korang merawat dia kan. Macam zirah ni, rasanya seminggu bru baik.gara2 keje n x sempat nk g cari ubat..nk guna cara tradisional mmg x la...x kental mana pon

Cara merawat ulser

Ada macam-macam cara nak rawat ulser ni. Tapi cara paling kejam ialah dengan meletak garam kat tempat yang kena ulser tu. Kalau zirah letak garam, gamaknya MC dua hari kot. huiiiii.. takleh imagine kalau zirah letak garam. Ataupun kumur dengan air garam pun cadangan yang zirah tak boleh terima. Ini sangat menyeksakan.

Boleh jugak letak Bonjela.Umh zirah mmg x de bonjela..dh abis..tp mls n x de masa nk g beli

Kawan zirah suggest letak ais. Zirah tak pasti keberkesanan dia, tapi kalau minum air sejuk, memang macam rasa lega sikit. Sikit lah.

Then next suggestion, letak marjerin. Adeh marjerin ni payah sikit. Bila letak kat mulut je, rasa nak makan. Makanya macam mana la dia nak jadi obat kan. Letak je, habis. Letak je, habis.

Letakkan asam keping kat tempat kena ulser tu. Nescaya akan histeria. Tak rela mak. Ni satu lagi cara yang menyeksakan. Tak mahu.

Makan jelly yang sejuk.mlas la pulak g cari masa ulser ari tu

Jangan makan makanan pedas. Tapi semalam baru je makan sup sayur, lepas tu ada sambal belacan pulak, hahahaha.

Kenapa la semua cara merawat semuanya macam ada unsur-unsur penyeksaan? Isk. Tapi alhamdulillah..ulser zirah dah baik






Thursday, 7 June 2012

Pasal Cikgu

nie sekadar daripada pemerhatian sy n ada jgk yg post dkt fb..
renung2kan dan befikir la sedalam mungkin


HANYA ORANG YG TAK TAHU MENILAI
PROFESSION PERGURUAN SHJ YG
BERKATA DEMIKIAN. KEJA CIKGU NI
BUKANNYA MUDAH SEPERTI YANG DI
GEMBAR GEMBURKAN!!

-> Time pertandingan bola.. cikgu jd
REFEREE.. buat garisan padang... buat
persiapan padang... buat kertas kerja... jadi
PBSM tengah padang... bila murid kalah,
cikgu x pandai ajar.... kalau menang.. budak
tu pandai main...

Time budak nak bertanding apa2 acara...
cikgu jd JURULATIH, kalau KALAH, cikgu kene
kritik... cikgu x pandai ajar...
Time aktiviti KH.. cikgu jd PETANI.. Cikgu jadi
PENUKANG.. Cikgu jadi Wayar-men.. budak
tersalah ketuk... Cikgu kene marah... cikgu x
pandai jaga...

Time kutip yuran.. cikgu jd AKAUNTAN..
kalau tak cukup... cikgu dulukan duit.. bila
cikgu minta dari parent... Mak bapa cakap,
cikgu ni asyik minta duit....

Time RMT (Rancangan Makanan Tambahan
utk murid).. cikgu jd PELAYAN.. kalau murid
tak dapat RMT.... kata cikgu pilih kasih tak
bagi murid tu makan....

Time budak sakit.. cikgu jd DOKTOR.. bila da
tolong, kata cikgu punca anak murid sakit...
Time ceramah.. cikgu jd MOTIVATOR.. cikgu
kawal budak, cikgu buat aktiviti, cikgu kena
jaga makan minum murid... bukan sorg
murid jer...

Time hias kelas.. cikgu jd PELUKIS SENI..
cikgu cat kelas... suruh murid? habis kene
baju murid... esok dapat teguran dari
parent... ape cikgu ajar ni???

Time persembahan hari guru.. cikgu jd
KOMPOSER.. kalau sumbang, kata cikgu tak
pandai buat persembahan...

Time baiki kerusi rosak.. cikgu jd TUKANG
KAYU.. yang rosakkan kerusi anak siapa??

Time budak muntah/berak dlm kelas.. cikgu
jd TUKANG CUCI.. bagi tau ibu bapa..
jawapan.. anak saya mmg macam tu....

Time budak mencuri.. cikgu jd DETEKTIF..
nak hukum budak.. esok dapat saman dari
parent.. bila bagi tau parent... parent cakap
tak per... budak2...

Time budak wat persembahan... cikgu jd
PHOTOGRAPHER... yg ajar budak
persembahan.. cikgu juga... kalau terbaik...
kata budak berbakat... kalau tak elok.. kata
cikgu x reti ajar... cikgu lagi...

Time perkhemahan.. cikgu jd TENTERA..
cikgu jadi pak guard siang dan malam...
untuk pastikan anak murid sedap tidur...
cikgu mata cengkung.. orang cakap.. mmg
kerja cikgu...

Time hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR
MALAM... bila naik kan harga sikit.. kata
cikgu nak kaut untung atas angin.. tp
sebenarnya nak kumpul dana sekolah...

Time hari Guru... cikgu jd PENYANYI..
Sambut hari guru sendiri... jadi badut depan
murid... murid hanya gelak pada hari
guru.... sapa yg d sambut sebenarnya??

Time gotong royong sekolah... cikgu jd
TUKANG KEBUN... nak pastikan sekolah
dalam keadaan baik agar murid - murid
selesa... tapi bila murid kene gigit nyamuk
sikit.. orang datang cakap cikgu tak jaga
kebersihan...

Time masuk waktu solat.. cikgu jd TOK
IMAM.. bila anak tak solat.. tanya murid..
kenapa tak sembahyang... parent sendiri tak
sembahyang...tapi bila tanya orang, org
cakap, cikgu tak ajar di sekolah...

Time parent amek lambat... cikgu jd BABY
SITTER... bila tinggal, org salahkan cikgu tak
bertanggungjawab.. tapi bila tunggu, dan
tanya kenapa lambat... banyak urusan di
pejabat....

Time budak bergaduh.. cikgu jd HAKIM
MAHKAMAH.. bila hukum sikit... esok dapat
surat saman dari parent... sbb jentik anak
dia...

Time budak sakit kecemasan.. cikgu jd
PEMANDU AMBULANS.. kereta siapa??
kereta cikgu... minyak duit siapa?? duit
cikgu....

Time merentas desa.. cikgu jd POLIS
TRAFIK.. berpanas semata - mata nak bagi
murid merasa aktiviti...

Time budak sedih.. cikgu jd PELAWAK.. cikgu
jadi badut... bila salah sikit... esok masuk
muka hadapan berita... kata cikgu tak
pandai jaga murid... tak nampak cikgu yang
jadi pelawak tadi...

* fahamkan pekerjaan sebagai guru ni?
dialah segala-galanya !!

I Love My Teacher :) Saya tetap sayang cikgu
saya.... siapa kamu kalau bukan jasa cikgu
kamu dan keredhaan ilahi...

Saturday, 25 February 2012

NASA Menyembunyikan Misteri Di Sebalik Kota Mekah



Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.” (Surah Maa’idah: 97)

“Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi.”

Sebenarnya di dalam Al-Quran terlebih dahulu membicarakan perkara ini, sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran perlulah meneliti dan berfikir disebalik rahsia-rahsia yang terkandung didalam ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim.

Diantara Kalam-kalam Allah Ta’ala mengenai bukti Mekah Pusat Bumi

Firman Allah yang bermaksud:

“Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya).” (asy-Syura: 7).

Kata “Ummul Qura” bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya.

Lebih dari itu, kata “ummu” (ibu) mempunyai arti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Mekah juga merupakan sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di atas semua kota.

Ada beberapa ayat dan hadis nabawi yang memperkuatkan fakta ini.



Allah berfirman lagi yang bermaksud:

“Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan).” (ar-Rahman: 33)

Berdasarkan ayat ini dapat difahamkan bahwa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, dengan itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan langit.

Selain itu ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang membentuk bumi.

Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: “Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy , sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit.”

Berdasarkan kajian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia.

Neil Amstrong membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi, sedangkan Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu telah berbicara mengenai kota Mekah dan kaabah adalah pusat bumi ini.

Ketika kali pertama Neil Amstrong melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata bertumpu di area yang sangat gelap, dan di manakah ia berpusat?.” Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.

Para angkasawan telah menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan satu radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut hilang dan seperti ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan lama web tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyatalah radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, dan tepatnya berasal daripada Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir). Perkara ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjutan. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.



Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, terdapat suatu area yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, di mana apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarikan yang sama besar antara kedua kutub .

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka dia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita dicas oleh suatu tenaga misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Penelitian lainnya menyatakan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, terdapat tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.



Rasulullah SAW bersabda:

“Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.” (Jami’ al-Tirmidzi al-Hajj)

“Hajar Aswad dari batu-batuan Syurga dan tidak ada suatu benda di bumi yang turunnya dari Syurga selain batu itu.” (HR. Thabrani)

Wallahu’alam….

Susunan: hasnulhadiahmad.com

Thursday, 5 January 2012

Kisah Kaabah yang tidak diketahui ramai




Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi tidak, lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

- Sekadar penyampaian dari artikel asal, zaidimokhtar.com

Wednesday, 7 December 2011

Kesan Memakan Kepak Ayam Kepada Wanita



Kisah Benar “Bahaya Kepak Ayam Pada Wanita”

Pertumbuhan sista(cyst) dalaman. Elakkan daripada memakan kepak ayam (chicken wing) dengan kerap terutamanya kaum wanita.

Kisah Benar, Seorang rakan baru-baru ini mempunyai ketumbuhan dalam rahim, dan dia menjalani pembedahan untuk membuang sista tersebut. Sista yang dikeluarkan adalah dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.

Dia menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah. Ketumbuhan berlaku hanya beberapa bulan kemudian. Beliau bergegas turun ke pakar sakit puan itu untuk bertanyakan masalahnya. Semasa rundingan, doktor bertanya soalan yang memeranjatkan beliau.

Doktor bertanyakan adakah dia adalah seorang pengguna yang kerap memakan kepak ayam dan dia menjawab ya, tertanya-tanya tentang bagaimana, dia tahu tabiat makannya. Sebenarnya pada hari ini ayam disuntik dengan steroid untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka supaya keperluan masyarakat ini dapat dipenuhi. Keperluan ini adalah tidak lain daripada keperluan untuk makanan.

Ayam-ayam yang disuntik dengan steroid biasanya disuntik di leher atau kepak. Ini disebabkan di tempat-tempat ini bahawa kepekatan tertinggi steroid wujud. Steroid ini telah menyebabkan kesan ke atas badan kerana ia mempercepatkan pertumbuhan.

Ia mempunyai kesan yang lebih berbahaya dalam kehadiran hormon wanita, ini membawa kepada wanita yang lebih cenderung untuk pertumbuhan sista yang di dalam rahim. Oleh itu, saya menasihati orang di luar sana untuk melihat diet mereka dan juga mengurangkan kekerapan mereka memakan kepak ayam.

Monday, 28 November 2011

8 Tips Mengelakkan Penangguhan

Masalah bertangguh atau dalam Bahasa Inggerisnya 'procastination' merupakan satu ancaman kronik bagi ramai umat Islam di Malaysia mahupun seluruh dunia.

Oleh kerana terbiasa dengan sikap bertangguh, sesuatu matlamat atau tujuan itu sukar untuk direalisasikan dengan sempurna dan cemerlang.
Tips untuk mengatasi masalah ini.
Pengurusan Masa: 8 Tips Mengelakkan Penangguhan

1. Kenal pasti sebab penangguhan sesuatu tugasan
Tanya kepada diri anda, adakah anda takut akan gagal dalam tugasan tersebut? Ataupun, anda seorang yang mementingkan kesempurnaan yang hanya akan memulakan kerja setelah semuanya selesai? Ataupun anda seorang yang mudah terganggu dan tidak fokus dalam melangsaikan sesuatu tugasan?

2. Kenal pasti tugasan anda dan bahagikannya kepada tugasan yang lebih kecil
Satu tips motivasi pernah dikongsikan, untuk makan seeokor gajah, caranya adalah dengan memotong daging gajah itu kepada ketulan kecil daging.

3. Letakkan tarikh akhir untuk tugasan anda
Cuba berikan tarikh dan masa untuk sesebuah tugasan. Contohnya, anda meletakkan matlamat untuk menghabiskan membaca sebuah buku dalam masa 1 minggu.

4. Bekerja dalam blok masa yang kecil tetapi kerap daripada bekerja dalam satu blok yang mengambil masa yang panjang
Contohnya apabila belajar, rehatlah sebentar selama 10 minit untuk setiap 1 jam atau 30 minit setelah belajar selama 2 jam.

5. Mulakan dengan tugasan yang mudah dulu
Ini bertujuan untuk memberi momentum kepada anda untuk bergerak. Hal lain seterusnya akan menjadi mudah kerana momentum yang sedia ada.

6. Mulakan dengan tugasan yang anda rasa sukar
Ini bercanggah dengan tips 6. Manfaat tips ini adalah untuk memberikan psikologi kelegaan kepada anda. Selepas anda berjaya menyelesaikan sesuatu tugasan yang sukar, anda akan merasa sangat selesa kerana merasakan sebuah beban telah berjaya dialih. Tips ini memberi kepuasan kepada diri.

7. Memberitahu orang lain tentang tugasan anda
Contohnya, anda memberitahu kepada orang lain bahawa anda akan menyiapkan sesuatu tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Ini akan menimbulkan rasa tanggungjawab di dalam diri anda untuk melunaskan tugasan tersebut.

8. Elakkan berada di tempat yang mampu mengganggu anda
Contohnya anda boleh memilih untuk belajar di perpustakaan atau tempat lain yang lebih sunyi jika anda bimbang anda akan leka dengan internet.

Wednesday, 9 November 2011

Keajaiban Al-Qur'an: Sungai di dalam Laut

Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan
Sungai dalam Laut 


Mudah-mudahan fenomena alam ini makin menambah keimanan kita, dan menjadikan kita terus bersyukur kepada Allah yang telah memberi jalan kepada kita untuk belajar dan mengamalkan ayat-ayatNYA.



“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain asin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)


Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.


Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya karena tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang asin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi
keduanya.



Fenomena ganjil itu memusingkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air asin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berpikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.



Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.


Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.


Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.



Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan
Sungai dalam Laut



“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)









Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”



Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.




Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.