Monday, 7 November 2011

Wahai Sahabatku Yang Kecewa

Assalamualaikum...baru-baru nie zirah baru lalui saat-saat yang amat mengecewakan..so zirah terjumpa artikel nie dalam laman web i luv Islam...sesuai sangat untuk dibaca..




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya. Sesungguhnya aku menulis dengan penuh kasih sayangku kepadamu sebagai seorang sahabat, sebagai seorang saudara seagamaku. Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bagi dirimu dan bagi diriku agar kita sama-sama beroleh syurga yang sangat kita impikan di pengakhiran sebuah perhitungan.

Wahai sahabatku,
Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.

Wahai sahabatku,
Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?



Wahai sahabatku,
Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.

Wahai sahabatku,
Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?

Wahai sahabatku,
Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.

Wahai sahabatku yang kecewa,

Bersabarlah…

Sunday, 6 November 2011

Untukmu Adam dan Hawa

Adam…
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.

Hawa…
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

Adam…
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

Hawa…
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.


Adam…
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa…
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.

Adam…
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

Hawa…
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

Oleh itu Adam…
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.

Adam…
Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.

Begitu juga Hawa…
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.

Hawa…
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun…itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.




Untukmu Adam :

Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan. Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa. Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri. Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa..



Untukmu Hawa :

Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi. Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami. Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.






Game Angry Bird

Assalamualaikum...ari nie zirah nak cerita sikit sal angry bird...zirah terjumpa artikel nie dalam facebook..so terasa macam nak share dekat sini..

Angry Birds
salah satu game yang paling 'legend' antara semua game-game apps Apple
yang dimain oleh anak saudaraku yang berumur 4 tahun sehinggalah tokoh agama seperti Ustaz Hasrizal
semuanya suka bermain game ini
tidakkah anda pernah tertanya-tanya?
Kenapa?
Apa yang best sangat game ni?
Cam simple je, game berkaitan burung-burung yang marah kepada babi-babi berwarna hijau yang mencuri telur mereka
sedar x kita...
jawapannya sebab....
Angry Birds....
dipenuhi dengan nilai-nilai dan prinsip-prinsip sebuah gerakan Dakwah Islamiyah

1) Jihad dan Tadhiyyah (Pengorbanan)
antara ciri yang paling power pasal Angry Birds ni, sebab burung-burung yang marah tu semuanya sanggup berkorban
menyerahkan jiwa dan tubuh mereka untuk mencapai matlamat mereka iaitu menghapuskan babi-babi hijau yang suka tersengih jika masih hidup di akhir permainan
mungkin yang merah, biru dan hijau hanya sanggup mencederakan diri sendiri
tapi bagaimana dengan yang hitam dan putih?
yang hitam sanggup meletupkan dirinya sendiri!
yang putih pula?
sanggup mengorbankan anaknya!
itu bukanlah satu pengorbanan yang senang
menghantar anak yang masih dalam telur ke medan jihad
segala-galanya untuk mencapai satu matlamat
menjatuhkan tembok-tembok jahiliyah yang kukuh, untuk menghapuskan babi-babi hijau itu selama-lamanya... terutamanya ketua mereka yang memakai mahkota emas
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan kepada mereka syurga..."
(At-Taubah 9:110)

2) Amal Jamaie
dalam nak meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah yang begitu kukuh
burung-burung yang marah itu tidak bertindak secara berseorangan
malahan mereka tidak akan mampu meruntuhkannya jika bertindak secara berseorangan
maka mereka bersatu, bersatu tenaga mereka, bertindak secara berjemaah
untuk meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah itu

3) Tanzim (organisasi) yang tersusun
tapi adakah diorang main langgar je sape yang serang dulu?
tidak
diorang sedar setiap burung mempunyai kemampuan dan semangat pengorbanan yang berbeza
setiap burung mempunyai isti'ab (penguasaan) yang berbeza
jadi diorang susun
sape pergi dulu, lepas tu sape pergi dulu
kenapa?
sebab Saidina Ali mengatakan
"Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun"

4) Gerak kerja yang Muntijah (berhasil)
bagaimana pula cara diorang susun sape yang pergi dulu dan sape yang pergi dulu?
diorang susun dengan menilai
bagaimanakah cara yang paling muntij dan cepat untuk meruntuhkan tembok jahiliyah itu
maka setiap orang yang mempunyai isti'ab yang berbeza, berfokus kepada kelebihannya
yang reti potong kayu pergi serang kayu
yang boleh hancurkan batu pg hancurkan batu
dan menjadi tanggungjawab kita pula, sebagai qiyadah (ketua) mereka
untuk detect, apakah kelemahan musuh kita
dan dengan segala kekuatan serta isti'ab jundi (tentera) yang berbeza-beza
bagaimanakah kita ingin menyusun strategi
untuk mencapai ustaziyatul alam
eh silap
untuk mengalahkan babi-babi hijau tadi dengan tenaga yang paling sikit, dan masa yang paling cepat

5) Taat
dan sebagai qiyadah
perkara yang paling menyenangkan hati kita dan meneruskan semangat kita untuk berjuang
adalah kalau kita suruh burung-burung marah itu menyerang ke atas, maka dia akan pergi ke atas
dan kalau ke kanan, maka dia akan pergi ke kanan
pasti tidak ada orang yang nak main
dan selama-lamanya babi-babi hijau itu akan gelak terkekeh-kekeh
jika qiyadah suruh serang ke kanan, dia pergi melayang ke atas

6) Ukhuwah
lastly
kena faham
bahawa ukhwah burung-burung yang marah itu sangat kuat
itulah teras dan tunjang utama kekuatan diorang
mereka sedih, marah, apabila saudara-saudara mereka dicuri telurnya
mereka merasai penderitaan saudara-saudara mereka
kerana sesungguhnya burung-burung yang berwarna itu bersaudara
seperti mana kita umat Islam bersaudara
jika salah satu daripada saudara kita sakit/derita, kita turut merasakan penderitaannya
dan kita akan berusaha untuk menyelamatkan saudara kita
daripada musuh yang nampak di dunia
dan juga musuh yang tidak nampak
yang menarik kita ke api neraka
kenapa?
sebab kita menyayangi saudara kita
sesungguhnya dakwah ikhwanul muslimin itu adalah berteraskan dakwah kasih sayang
kerana cinta kita kepada Islam dan Umat Islam
tidak akan wujud game Angry Birds
jika tidak ada ukhwah di kalangan mereka
begitu juga tidak akan wujud gerakan Islam
malahan mustahil akan menang gerakan Islam
jika tidak wujud ukhwah dan muhibbah antara semua umat Islam
"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong memasuki agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat"
(An-Nasr 110:1-3)
sedarlah
pertolongan Allah tidak akan datang jika tidak wujud ukhwah dan kesatuan di kalangan umat Islam
dan prinsip kepada kesatuan itu terletak pada Usul 20 oleh Imam Hassan Al-Banna
semua yang korang baca tadi
adalah pengajaran daripada Angry Birds
tapi ada satu lagi pengajaran yang tersirat
iaitu jika kita melihat dunia ini dengan perspektif Islam yang jernih
kita akan memasuki sebuah dunia yang berbeza
dan kita akan mampu melihat apakah masalah umat Islam sebenarnya, sehingga mereka tidak mampu menang-menang lagi sampai sekarang...

"Ukhuwah Teras Kegemilangan"

-->zirah rasa kita kena bijak menilai yang mana baik buruk untuk diri kita sendiri...


Saturday, 5 November 2011

Hari Raya

Assalamualaikum...hari nie merupakan ari kedua berturut-turut zirah update blog..buat masa nie zirah x de mood nak lakukan assignment zirah walaupon dah bertimbun...hahaha..kali nie zirah nak cerita pasal raya..memandangkan esok ialah Hari Raya Aidiladha so zirah pon terasa macam nak cerita something je... tahun nie merupakan tahun kedua zirah berhari raya aidiladha bersama keluarga tanpa abang tersayang disamping keluarga...abang beraya diperantauan walaupon bukan diluar negara tapi still merasa kejauhan itu... mana taknye dari utara ke selatan katakan..zirah pon walaupon cuti singkat tapi keinginan tetap ada untuk pulang beraya bersama keluarga..walaupon hari isnin nie zirah kena balik selangor dah,tapi kepuasan untuk beraya bersama keluarga itu sangat bermakna..tak tahulah nasib zirah bila terpaksa beraya di selangor nanti.. mesti parah bila dengar takbir raya...huhuhu..zirah respect la orang-orang yang still stay dekat kolej untuk raya nie..seriusly zirah kagum dengan dyorang..semangat dyorang sangat kuat untuk beraya diperantauan sama macam abang zirah..huhuhu

zirah balik rumah pon bukan sekadar nak beraya bersama family sahaja..zirah nak ambik beberapa barang untuk dibawa balik ke kolej..almaklumla barang dekat selangor semuanye mahal-mahal..hehehe...alang-alang zirah balik time cuti nie,banyak la zirah pesan dekat mak untuk nak bawa sedikit makanan untuk floormates kesayangan zirah yang x balik beraya nie...hehehe..macam-macam mak zirah packingkan untuk dyorang semua...sayang sangat dekat korang semua..

Friday, 4 November 2011

Miss Everyone

Assalamualaikum...sekarang nie zirah semakin busy dengan kerja-kerja dekat kolej & assignment yg semakin lama semakin menimbun...huhuhu..x tahu la bila zirah sempat nak buat semua benda-benda nie..serius rasa macam x sempat..dengan mini project lagi,dengan presentation dengan aktiviti kolej yang semakin lama semakin banyak..owh,zirah sangat seronok melakukan semua ini..ini menunjukkan kita boeh melakukan elbagai kerja dalam satu kerja..hehehe..kata orang multitask la kira.rasanye zirah dengan kawan-kawan yang lain sudah berada dekat universiti masing-masing sudah dekat sebulan lebih..pelbagai pengalaman menarik yang dah kita lalui..masih banyak lagi pengalaman manis & pahit bakal kita lalui..

baru-baru nie,zirah masa tengah2 bosan dan x de kerja nak kena buat almaklum assignment belum diterima dari pensyarah,zirah tengok-tengok balik gambar-gambar & video-video yg zirah ambil sepanjang zama persekolahan & matrik dulu..serius macam x sangka sekarang zirah dah masuk universiti..kira zaman lain dari zaman persekolahan dan zaman matrik...yang dulunye kita dibimbang dan dipantau secara dekat oleh para guru dan para pensyarah..tapi sekarang,kita still dipantau tapi secara jauh...zirah amat rindukan zaman2 sekolah dan matrik...banyak aktiviti yg dilakukan bersama-sama kawan yang dah kenal lama..

sekarang,ukhwah yang baru terjalin antara zirah dan kawan-kawan baru..kira semua x pernah jumpa walaupon sekali..daripada lain-lain negeri...serata Malaysia...hehehe..walaupon cuti sangat sikit,perasaan rindu dan ingin berjumpa tu tetap ada...rasa macam dah rapat walaupon aru ada dekat sana sebulan lebih...zirah rasa nie la kelebihan tinggal di kolej & menjalinkan hubungan baik sesama kawan-kawan..hehehehe

Saturday, 29 October 2011

cuti

Assalamualaikum....sorry lama zirah dah x update blog...bila masuk je blog dah jadi pening sebab blog zirah dah jadi lain sampai zirah sendiri x memahami blog sendiri..nak tukar kembali ke asal jadi malas...malas apa malas nak terokai benda2 baru dalam blog zirah sendiri..hehehe..x pe,bila zirah ada masa nanti zirah menjelajahnye..owh yea,n3 kali nie pasal cuti...sebenarnye nak masukkan n3 pasal benda lain tapi takut ada orang yang terasa nanti..kecoh pulak jadinye..so zirah tetapkan niat nak buat pasal cuti..hehehe

firstly,yeay.....bila tahu je cuti semua orang mesti happy dan teruja sebab dapat balik kampung halaman masing-masing or rumah kesayangan la..heheheh..nie merujuk pada pengalaman zirah sendiri and kawan2..biasa la bila dah berpisah dengan family masing-masing perasaan rindu semakin membuak-buak...bagi yang belum merasai saat berpisah dengan family atas alasan sambung belajar,untung la anda...hehehe..sekarang zirah tengah cuti mid sem..awal giler dari universiti lain..kami test pon awal...seriously test hari tu macam apa lagi...sangat-sangat la x fokus..huhuhu...cuti mid sem zirah tinggal ari ini je..sok dah nak balik Selangor..apa nak buat,dah tuntutan belajarkan...mencari ilmu du jalan Allah...

masa nie la zirah habiskan masa dengan family...paling penting zirah kurangkan aktiviti diluar terutamanye melepak..hehehe...atas desakan kewangan jugak..ekonomi semakin gayat sebab sekanrang duduk dkt Selangor,semuanye mahal...hehehe...just 1 ari je zirah keluar dengan kawan untuk shopping dan tengok wayang..tapi masa cuti nie la banyak benda nak kena buat..assignment x de,tapi aktiviti kolej banyak perlu di buat...hehehe...1 lagi kertas kerja untuk koko pon x siap lagi...tapi x pe kertas kerja nie belum mempunyai maklumat yang lengkap..soo tergendala la kerja tu...apa-apa pon,masa cuti nie la yang zirah habiskan untuk family dan diri sendiri...masa cuti nie la,dapat makanan yang sedap2 dan berkhasiat...

Wednesday, 21 September 2011

Alam Baru @ New Life

   Assalamualaikum....sorry sebab lambat update blog....hehehe...semenjak masuk U nie,dalam masa 2 minggu berada dekat U,kehidupan dekat sini still x dapat manage masa dengan betul...kadang-kadang,time makan pon dah lari...huhuhu..rasa-rasanye berat zirah mungkin dah berturun sedikit kot...hehehe...mungkin tu propa je kot...zirah sendiri x sempat nak pergi timbang berat...almaklum la busy...Seperti yang semua orang lalui,zirah kena lalui 3 kali orietasi...first sekali orietasi universiti yang dipanggil Minggu Perkasa Putra...seriusly,minggu nie  penyusunan masa zirah sangat2 tidak sesuai...time utk makan pon selalu je lar...kadang-kadang skip makan... pernah sekali,x makan nasi dalam tempoh 1 hari...ada jugak hanya makan nasi sekali sehari je...sekarang nie dah jadi macam kebiasaan je makan nasi sehari sekali je....kira macam perut dah semakin kental....sepanjang minggu nie,zirah dengan kawan-kawan yang lain,terpaksa jalan ulang-alik dari kolej kediaman ke dewan besar...jarak kedua-dua tempat nie sangat-sangatlah jauh...dalam sehari tu boleh di kira dalam 3 kali ulang alik ke dewan...penat2...apa nak buat lalui je lah...ada yang sampai kaki melecet....

   Orientasi kedua ialah orietasi kolej kediaman...Zirah ditempatkan di kolej Tun Dr Ismail...kolej yang paling banyak aktiviti...huhuhu...seriously lepas orietasi u ari tu,dan terus sambung orietasi kolej,penat tu kira jadi macam dua kali ganda....tapi zirah dah lalui semua tu dengan selamat...hehehe...sekarang dah kira sebulan zirah berada dkt sana...macam2 pengalaman manis yang dilalui bersama walaupun dalam masa sebulan nie..persahabatan kami sangat akrab...sekarang nie musim cuti mid sem...masa nak tunggu ari sabtu ari tu,ramai senior dkt floor dah blik kampung halaman masing-masing...floor jadi sunyi dah x semeriah dulu...bila dah balik rumah nie rasa rindu la pulak dekat semua floormate...