Saturday, 25 February 2012

NASA Menyembunyikan Misteri Di Sebalik Kota Mekah



Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.” (Surah Maa’idah: 97)

“Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi.”

Sebenarnya di dalam Al-Quran terlebih dahulu membicarakan perkara ini, sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran perlulah meneliti dan berfikir disebalik rahsia-rahsia yang terkandung didalam ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim.

Diantara Kalam-kalam Allah Ta’ala mengenai bukti Mekah Pusat Bumi

Firman Allah yang bermaksud:

“Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya).” (asy-Syura: 7).

Kata “Ummul Qura” bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya.

Lebih dari itu, kata “ummu” (ibu) mempunyai arti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Mekah juga merupakan sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di atas semua kota.

Ada beberapa ayat dan hadis nabawi yang memperkuatkan fakta ini.



Allah berfirman lagi yang bermaksud:

“Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan).” (ar-Rahman: 33)

Berdasarkan ayat ini dapat difahamkan bahwa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, dengan itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan langit.

Selain itu ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang membentuk bumi.

Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: “Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy , sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit.”

Berdasarkan kajian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia.

Neil Amstrong membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi, sedangkan Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu telah berbicara mengenai kota Mekah dan kaabah adalah pusat bumi ini.

Ketika kali pertama Neil Amstrong melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata bertumpu di area yang sangat gelap, dan di manakah ia berpusat?.” Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.

Para angkasawan telah menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan satu radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut hilang dan seperti ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan lama web tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyatalah radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, dan tepatnya berasal daripada Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir). Perkara ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjutan. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.



Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, terdapat suatu area yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, di mana apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarikan yang sama besar antara kedua kutub .

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka dia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita dicas oleh suatu tenaga misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Penelitian lainnya menyatakan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, terdapat tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.



Rasulullah SAW bersabda:

“Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.” (Jami’ al-Tirmidzi al-Hajj)

“Hajar Aswad dari batu-batuan Syurga dan tidak ada suatu benda di bumi yang turunnya dari Syurga selain batu itu.” (HR. Thabrani)

Wallahu’alam….

Susunan: hasnulhadiahmad.com

Saturday, 18 February 2012

KUKEM [04]

     Assalamualaikum dan selamat sejahtera...hihihi...rasanye dah lama zirah x updated blog...malas tu menular dengan jayanya...hahaha....baru-baru nie zirah join kursus kepimpinan mahasiswa kolej...enam hari jugak la program nie memakan masa...program nie berjalan sebanyak dua fasa....fasa pertama ialah aktiviti di kolej.. fasa kedua pulak outdoor aktiviti dekat Lata Belantan,Jerteh,Terengganu..jauh tu...makan masa 10 jam perjalanan dari kolej nak ke sana...nie adalah masa terbaik untuk qada' tidur...mana taknya...kalau join mana-mana kem mestilah syarat pertama,kurang tidur tu wajib...so peluang dah ada depan masa...jangan biarkan...hahaha...

    Sepanjang KUKEM nie berlangsung pelbagai modul disediakan untuk lahirkan seorang pemimpin yang berjaya..modul itu disediakan untuk membentuk ketahanan mental dan fizikal...aktiviti dikolej banyak bermain dengan mental atau lebih sesuai dengan teori je...sebab banyak ceramah yang diberikan oleh felo kolej dengan pengetua kolej luar...so masa aktiviti outdoor praktikal memainkan peranan..ketahanan mental dan fizikal amat dititikberatkan...walaupun letih,semua itu bukan halangan untuk kami terus berjuang dan mencapai kejayaan.

Thursday, 5 January 2012

Kisah Kaabah yang tidak diketahui ramai




Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi tidak, lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

- Sekadar penyampaian dari artikel asal, zaidimokhtar.com

Tuesday, 27 December 2011

Canangium

Assalamualaikum..rasanya baru 4 hari lepas zirah update n3 baru...hihihi..tiba-tiba zirah rasa mcm nak post n3 baru...mesti ramai tertanya apakah maksud tajuk nie....canangium nie maksud dy ialah nama sainstifik bunga untuk bunga kenanga...rasanye betul kot..tu pon menurut akak-akak yang berada di floor nie...dekar floor nie la zirah dah belajar banyak sangat walaupun baru berada dekat floor nie selama 3 bulan lebih..tapi zirah dah rasa macam zirah dah berada dekat floor nie sangat lama..masa dekat matrik zirah x pernah rasa perasaan ini.. bukan perasaan benci tau..hihihi..nie perasaan kasih sayang dan merasakan seperti keluarga..setiap orang dekat floor nie saling melengkapi antara satu sama lain..x kira usia..kami saling mengenali..

kalau zirah balik rumah,zirah sangat2 merindui orang-orang di floor nie...bayangkanlah berapa banyak aktiviti kolej yang kami lakukan dari masa ke semasa bersama...masa awal-awal masuk floor nie memang kekok sikit sebab terasa asing...kan sebelum nie masa dekat matrik bila first time masuk matrik,semua masuk sekali..so kenal orang pon masa first time..kat sini kan ada senior..huhuhu..first masuk sini memang takut..macam cakap tadi senior..minggu suai kenal dengan senior nie la menjadi pengalaman paling bermakna..masa ini lah ukhwah antara kami terjalin secara perlahan-lahan..pelbagai cabaran dilalui.ada kisah duka dan ada kisah suka..secara keseluruhannya,minggu suai kenal nie sangat bermakna dan penting..tanpa minggu suai kenal nie,jalinan kekeluargaan antara kami semua x akan terjalin..itu yg kami belajar masa minggu suai kenal "Here Is Begin".

dekat floor nie kami semua belajar erti kehidupan...erti seorang pelajar universiti...kami selalu dibantu bila ada masalah..segala kisah suka dan duka dikongsi bersama..semua orang di floor nie pasti akan merindui ahli-ahli floor nie bila keluar nanti..semua orang di sini sangat sporting dan happening..seriusly zirah sangat3 sayangkan semua orang yang ada dekat floor nie..zirah juga dapat belajar pengalaman baru..bila zirah rindukan family dekat rumah,memanglah zirah call tapi bila bersama semua ahli dekat floor nie segala kerinduan terubat la sikit.. zirah sebelum nie belum pernah bawa scooter walaupun dekat penang,tapi dekat sini zirah dah mencuba..tapi rasa kekok sikit sbb sebelum nie zirah bawa motor yg ada gear tu..hihi..tu pon akak floor punya motor.. apabila kami ditimba masalah,kami akan selesaikan secara berbincang..setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.. tu yang zirah sayangkan semua ahli floor nie..



nie lambang yang mewakili floor kami






nie adalah design button utk ahli floor..


Friday, 23 December 2011

CoMA '11

dah lama zirah dah x update blog nie....hahaha...seriusly kebelakangan nie zirah busy sgt2 smpai nak update blog pon x sempat...hihihi..ari nie bru zirah ada masa...back to the topic,CoMA nie berlaku minggu lepas ari ahad bersamaan 18/12/2011...event agak besar utk kolej sbb event nie berkaitan dengan pencapaian akademik pelajar-pelajar dekat kolej...sekretariat zirah kena handle event nie...walaupun sekretariat zirah join nie ramai junior tp kami mampu lakukan tanpa sebarang masalah pada hari kejadian...nie banner event tu....



ok,tu banner event yg telah berlangsung ahad lepas...banner nie kawan zirah yang buat...credit untuk kawan zirah tu...satu banner yang lain daripada yang lain dari sebelum nie...menarik bila tengok banner nie dah siap dan dipamerkan dekat pintu masuk kolej..hihihi..rasa bangga la pulak masa tu...tp terima kasih untuk kawan zirah tu....sepanjang beberapa bulan sebelum event nie berlaku,kami selalu adakan meeting..seriusly masa meeting nie la yang zirah kurang gemari...progress biro akan selalu ditanya oleh pengarah dan naib pengerusi sekretariat..huhuhu..tapi apa nak buat dah memang tanggungjawab yang diamanahkan,jadi kena jalankan tugas tersebut..bermakna progress setiap minggu mesti dilaporkan..dari design banner sehingga ke design pamplet... seriusly semua nie makan masa yang agak lama sebab tarikh selalu berubah...sampaikan yang final nie 18/12/2011..

pada hari kejadian,semua orang terpaksa buat macam-macam tugas daripada yang dirancang sebelum nie.. apa nak buat kekurangan ahlila katakan..semua orang jadi multitask person...serba boleh masa hari kejadian tu..yang zirah jangan nak kata la..dari jadi ketua biro publisiti jadi runner persembahan dengan runner stage... serius penat...tenaga pada hari tu memang x ada...sepanjang minggu lepas zirah selalu tidur lambat sebab banyak keje yang nak kena buat...seperti yang dirancang,event nie habis tepat pada masanya..semua orang jalankan tugas masing-masing dengan dedikasi giler2...sampaikan semua senior sekretariat bangga dengan kami semua..hinggakan ramai yang demam lepas event tu...dedikasi punya pasal la katakan...hihihi...owh terlupa pulak,masa event nie berjalan,kami juga sediakan muzikal teater daripada 4 gabungan.. gabungan floor zirah menang tempat pertama...nie video masa rehesal teater ari tu..


















gabungan nie berjaya merangkul tempat pertama dalam pertandingan muzikal teater pada malam nie...semua gambar sepanjang event tu berlangsung




Wednesday, 7 December 2011

Petra Jordan dalam Nur Kasih The Movie

Setelah sekian lama filem ni ditayangkan,zirah terfikir nak post pasal petra..lokasi lakonan nur kasih the movie..heheheh...zirah juga duk perhatikan pemandangan indah sepanjang filem ni di tayangkan. Dan antara yang paling aku rasa terkesima, cantiknya ciptaan-Mu Ya Allah adalah scene di mana Nur Amina jejalan dengan Adam kat Jordan. Dekat area-area batu-batu tu. Dan nama tempat itu adalah

PETRA JORDAN
(disebabkan zirah tak tau, maka kita tanya encik Google)

Ok scene tempat tu mula bila Nur Amina tu jejalan naik unta dengan Adam. Diorang lalu kat kawasan celah-celah batu. Zirah rasa dekat trailer pon ada tunjuk sikit. Nama laluan tu yang menjadi entrance untuk Perta Jordan ialah

al-Siq
(google jugak)



Kemudian dah naik unta tu, sampailah mereka ke entrance iaitu senibina yang mengkagumkan itu. Oh zirah google lagi, namanya..

Al-Khazneh
(The Treasury)







Pastu-pastu ada scene Nur Amina tu belek-belek kat ukiran batu yang berlingkar-lingkar dalam Al-Khazneh ni I guess. Tapi tak tau pulak nama dia ape. Maybe colorful rock



SUBHANALLAH

Indahnya ciptaan-Mu Ya Allah



Dan menurut keterangan kakak wikipedia. Petra Jordan tu tersenarai antara 6 Keajaiban Dunia.

Sebagai seorang yang mencintai seni bina (dulu teringin nak jadi arkitek tapi x beberapa terer nak melukis), dengan ini zirah tetiba nak pergi Jordan. Ok mula-mula nak pegi Dubai, pastu nak pergi Jordan.

**********

Sekian entry berkongsi pengetahuan. At least kalau orang sebut Petra Jordan tu, zirah dapat la imagine apekah benda tu. Makanan ke? Nama pakaian kat Jordan ke? Oh rupanya tempat yang ada ukiran batu-batu rupanya. Sekarang baru tau.

Yang pasti, Petra Jordan itu tak de kaitan dengan Raja Petra. Sekian

Kamus hari ini : Petra (greek words) bermaksud Batu

Kesan Memakan Kepak Ayam Kepada Wanita



Kisah Benar “Bahaya Kepak Ayam Pada Wanita”

Pertumbuhan sista(cyst) dalaman. Elakkan daripada memakan kepak ayam (chicken wing) dengan kerap terutamanya kaum wanita.

Kisah Benar, Seorang rakan baru-baru ini mempunyai ketumbuhan dalam rahim, dan dia menjalani pembedahan untuk membuang sista tersebut. Sista yang dikeluarkan adalah dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.

Dia menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah. Ketumbuhan berlaku hanya beberapa bulan kemudian. Beliau bergegas turun ke pakar sakit puan itu untuk bertanyakan masalahnya. Semasa rundingan, doktor bertanya soalan yang memeranjatkan beliau.

Doktor bertanyakan adakah dia adalah seorang pengguna yang kerap memakan kepak ayam dan dia menjawab ya, tertanya-tanya tentang bagaimana, dia tahu tabiat makannya. Sebenarnya pada hari ini ayam disuntik dengan steroid untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka supaya keperluan masyarakat ini dapat dipenuhi. Keperluan ini adalah tidak lain daripada keperluan untuk makanan.

Ayam-ayam yang disuntik dengan steroid biasanya disuntik di leher atau kepak. Ini disebabkan di tempat-tempat ini bahawa kepekatan tertinggi steroid wujud. Steroid ini telah menyebabkan kesan ke atas badan kerana ia mempercepatkan pertumbuhan.

Ia mempunyai kesan yang lebih berbahaya dalam kehadiran hormon wanita, ini membawa kepada wanita yang lebih cenderung untuk pertumbuhan sista yang di dalam rahim. Oleh itu, saya menasihati orang di luar sana untuk melihat diet mereka dan juga mengurangkan kekerapan mereka memakan kepak ayam.