Friday, 26 July 2013

Nota Cinta Ramadhan

Fajar kini menginjak empat, 
Dan malam ketiga berpisah,
Sebak, lembut melambai dari hati,
Yang masih kecil dan rebung

Mulut sedang cuba beribadah,
Kumat kamit merendah diri,
Mengunci benih-benih yang menjengah,
Hati, gamaknya sama,
Menutup kecil-kecil buruk sangka,
Teringat, minta dilupakan,
Terpendam, minta didamaikan,
Terlanjur, minta diampunkan


Moga benarlah ia melupus,
Dengan rahmah dan resah taubah,
Indah nian menangis,
Kerna lebihnya gerun tak tercapai,
Cinta Tuhan Maha Memeluk,
Dibanding geletek rasa sang fitrah

Apa juapun terlintas,
Semahunya biarkan hanya Engkau di sini,
Meniup roh-roh mahu berubah, berhijrah,
Cukuplah dua puluh lima yang tergadah,
Tak pernah ampuh tanpa khasyiatullah

Kebil rayu yang sayu,
Tersenyum kerna masih mampu,
Menjaga jiwa segenap anggota,
Namun masihlah terus ia merintih,
Memohon untuk menangis

Moga akhirnya,
Tersadur hati yang bersih,
Putihnya jernih bersama makna-makna Al-Quran,
Untuk pimpin bahagia untuk ke Sana.

Saturday, 20 July 2013

Hakikat Sebuah Kejayaan

Kerjaya dalam bidang pendidikan menyaksikan sedikit kecenderungan manusia mengejar sesebuah kejayaan yang satu. Dalam dunia bergelar siswa dan siswi, PNGK 4.0 menjadi kayu ukur manusia yang paling berjaya. Kegigihan mereka yang inginkan kejayaan terserlah dengan kegigihan mereka bersusah payah datang setiap hari berjumpa pensyarah untuk bertanyalan soalan.

Keadaan ini sungguh menyentuh hati. Terkadang meningkatkan semangat pensyarah untuk terus memberikan seberapa banyak ilmunya sehingga di saat akhir. Akhirnya pelajar sebegini akan mendapat apa yang diimpikannya. Tempiasnya kepada pensyarah yang mengajar mereka. Tersenyum lebar dan puas atas penat lelah melayan karenah pelajar sebelumnya. Ini juga sebuah kejayaan bagi seorang pensyarah.

Itulah kejayaan pada manusia. Berjaya mengejar cita-cita. Berjaya mendapatkan kereta idaman. Berjaya menambat hati orang tersayang. Berjaya mengumpul harta.



Kejayaan demi kejayaan ditempuhi manusia menjadikannya puas dan bahagia. Bahagia kerana kejayaan ini diperolehi hasil titik peluh dan penat jerih dalam masa-masa tertentu. Kecenderungan kepada nilai material dan angka yang besar menjadi kayu ukur untuk berjaya. Markah yang tinggi, anak yang ramai dan harta yang banyak.


Hakikat Kejayaan
Namun hakikiat kejayaan itu bersifat subjektif. Membawa pengertian yang sangat besar. Allah SWT Maha Adil. Setiap manusia dijadikan dengan fungsi untuk mencapai kejayaan tersendiri. Dalam bidang yang berlainan dan pelbagai. Tiada yang sia-sia. Allah SWT berfirman yang bermaksud:-


“Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”

(Surah al-Mukminun: Ayat 115)

Tiada manusia yang lahir tanpa makna. Tiada manusia lahir sia-sia. Biarpun seorang tukang sapu. Betapa bermaknanya mereka. Jika mereka tiada, seluruh tempat akan menjadi kotor. Maka tukang sapu telah berjaya menjadikan banyak tempat bersih. Itulah kajayaannya. Tahniah kepada tukang sapu!

Semuanya punya fungsi untuk mencapai objektif masing-masing.


Kejayan Menurut Al-Quran
Kejayaan tercipta setiap hari. Apabila ada yang telah berazam dan memulakan hari yang baru, matlamat yang baru, kejayaan yang baru juga bakal muncul. Setelah berjaya, manusia akan mengimpikan kejayaan lain berdasarkan matlamat yang hendak dicapai. Islam juga menetapkan hakikat kejayaan bagi seorang mukmin melalui sepertimana yang telah diungkapkan oleh Allah SWT dalam kalam suci Al-Quran surah Al-Mukminun ayat 1-11:

  1. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,
  2. (iaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya,
  3. dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,
  4. dan orang-orang yang menunaikan zakat,
  5. dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,
  6. terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada terceIa.
  7. Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.
  8. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.
  9. Dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.
  10. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,
  11. (iaitu) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.

Jelas dalam ayat ini menerangkan hakikat sebenar kejayaan. Iaitu mereka yang akan mewarisi syurga Allah dan kekal di dalamnya. Kerana dunia hanya akan kita rasakan umpama satu kerdipan mata ketika di padang mahsyar kelak. Maka ramailah yang akan tahu betapa mereka telah tertipu dengan kejayaan yang mereka kejar semasa di dunia.

Sememangnya beruntunglah mereka yang mengutamakankan urusan akhirat dalam segala hal. Beruntunglah mereka yang sentiasa mengaitkan kehidupannya dengan dunia yang kekal abadi. Manusia yang selalu lupa akan hakikat ini seringkali akan menyangka semua kejayaan yang dimiliki akan kekal… padahal mereka masih lagi di dunia… sedangkan dunia itu pula bersifat fana (hancur).


Kejayaan Bukan Hanya Dalam Pelajaran
Ternyata, tidak semestinya mereka yang berjaya memperoleh markah yang tinggi dianggap berjaya. Tidak semestinya mereka yang sememangnya genius akan sentiasa mendapat tempat dalam pelajaran. Tetapi mereka yang berjaya adalah seorang yang sentiasa mampu bertahan (survive) dengan persikitaran mereka. Mempunyai prinsip hidup yang tetap dan benar. Mampu menongkah arus yang kadangkala menyongsang arah perjuangan.

Maka, tiada istilah putus asa untuk mereka yang tidak hebat dalam pelajaran… tiada kata malas untuk mereka yang agak lambat dalam menuntut ilmu. Tiada kata rendah hati untuk mereka yang sering ketinggalan. Kerana di hadapan mereka terbentang luas pelbagai jenis kejayaan. Yang menjadikan mereka pelbagai manusia yang berjaya dalam bidangnya.

Percayalah, rahmat Allah itu luas dan Allah sesekali tidak suka orang yang berputus asa. Walaupun kadangkala hambaNya itu melampaui batas.

Firman Allah yang bermaksud:-

Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

(Surah Az-Azumar : Ayat 53)

Wednesday, 17 July 2013

Kenangan Yang Tak Akan Dilupakan

makin rajin lak zirah updated blog...blh dikata hari2 lak tu...sorry ea korg siapa yg terasa menyampah dgn entry2 yg zirah masukkan nie...saja suka2 nk share...lgpon blog nie sendiri namanye my journey....
perjalananku...so x kira la apa yg dilalui,zirah rasa mcm nk share la jgk.....ala2 mcm personal diary tp dlm alam maya....ok,kali nie kita cter psl kenangan yg x akan dilupakan.....msti bnyk kenangan yg mmg atau mungkin korg x dpt lupakan atau hapuskan dr daya ingtan korg....x kisah la kenangan pahit atau manis...tp kali nie zirah nk cter psl kenangan manis la...x nk spoil mood g cter psl kenangan pahit...bnyk lak tu...perit dan x mampu nk diungkapkan....sob2....

kenangan yg zirah cter nie mungkin akn berlaku sekali dlm seumur hidup...bg zirah la....utk krg zirah x thu la... tp nie bkn atas niat nk menunjuk-nunjuk mahupon riak...nie sekadar perkongsian...td kn dh kata ala2 personal diary...kenangan yg manis nie ialah berjumpa dgn anak seni negara secara face-to-face....ini bkn blh di sangkakan....peluang mcm nie bkn selalu kn...btol tk???

bila dipk-pkkan balik....siapa ea.....kepala otak pn melayang ke tahun 2008.... masa tu seseorg nie sgt famous....beliau diberi jolokan angkasawan pertama negara....cuba la teka....hmmm.... korg msti dh blh tekakan....siapa beliau..... beliau ialah Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor...masa zirah jumpa beliau masa hadiri satu seminar bersama beliau dkt USM....masa zaman nie mmg gila2 btl dgn Dr Sheikh Muszaphar... siapa suruh mak belikan buku yg arwah adik beliau tulis lg...nmpk tk betapa admirenye dkt beliau...teruja gler bila dpt jumpa...mcm x sangka...masa thn nie beliau sgt busy dgn siri jelajah seluruh malaysia utk berkongsi pengalaman ke angkasawan....last sekali dkt jgk tngkp gmbr dgn beliau....berserta sign beliau... 


gambar murid2 sek mak bersama Dr Sheikh Muszaphar....


seterusnye sejak2 masuk upm nie,panjang la kaki sikit....berjln tu agak jauh la jgk... x ingt bila...tp masa kami shopping dgn tesco damansara kot....masa tgh shopping nie ternmpk kelibat zahiril adzim...mula2,bt x thu dulu...tp usha jgk dr jauh....sampai abg yg keje dkt tesco tu ckp pergi la kejar...tu zahiril adzim tu.... kami pon apa lg...tinggal troli terus kejar zahiril adzim...kami bertnya dgn baik...minta nk tngkp gmbr dgn dy... dy ckp blh...... dpt jgk tngkp gmbr dy Zahiril Adzim


yeay...akhirnye dpt jgk tngkp gmbr dgn zahiril aka bob....hihihi...happy nk mampus masa nie...

next,pengalaman masa nk g beli tiket train nk blik penang...pergi KL Sentral dgn niat nk beli tiket...masa tu mmg x thu pon x jualan buku agama dkt sana.....pg2,hairan kenapa tinggal atas tu ramai org...jenguk la tempat tu.....nmpk la kak Diana Amir....dy tgh cerita pengalaman dia berhijrah....


nie gmbr kak Diana Amir tgh berkongsi cerita bagaiman dia berhijrah....

yg nie pulak psl fear factor......kebetulan fear factor tgh bt roadshow...tibala masa mereka dtg penang... sehari seblum mereka dtg penang,zirah still dkt upm....sbb ada keje apa tah...lupa la pulak....bila tahu mereka nk dtg penang,trus rushing blik penang.....sbb niat di hati nk jumpa abg hairul n abg dazrin.... hari2 tweet dgn abg hairul dgn abg dazrin...nk thu jgk siapa yg dtg selain mereka...tp yg bls tweet hnya la abg dazrin...dy ckp dy x dpt dtg....sbb tgh shooting...sedih.... tp x pe,abg hairul ada lg...hihihihi....pg sunway carnival dgn kwn zirah...masa tu mak bg guna motor bru....so motor tu jln jauh la jgk ari tu...hihihi....


yes2...dpt jgk mejar faiz...baik n sporting lak tu...





nie kebetulan masa R2 lalu sebelah kami...kwn zirah yg pergi minta nk tngkp gmbr...


kapten hairul....dpt jgk bergmbr bersama... tabik hormat!!!



abg zoey yg sentiasa cool


abg alam yg sgt2 lincah....


kami berdua...sama gilakan kapten hairul....


lps blik dr fear factor tu,trus x henti2 senyum...msti la dpt jumpa org yg kte sukakan...hihihihi.... x pyh nk cerita la....mlm tu smpai x blh tido....

latest,bkn latest la sgt...lama jgk la gmbr nie.... zirah jumpa pelakon pujiaan ramai.... abg aaron aziz... masa tu sbb dpt join suprise birthday party utk abg aaron....masa nie gila2 punya nk pg...sanggup cri duit utk byar...hihihi....last2 dpt jgk pergi...masa jumpa abg aaron dpn2,blur n x thu nk ckp nie realiti ke mimpi...abg aaron sgt peramah....anak2 dy sgt2 comel...aktif lak tu....siap bergmbr dgn kak diyana halik lg.....sporting kot...


mmg nice moment masa nie..pg dgn kwn zirah...dy pon minat gler2 dgn abg aaron....

gmbr kami berdua masa dkt party tu....jgn risau bkn bt dkt club pon....bt dkt amp walk masa nie...sanggup sewa kereta....drive sendiri smpai ke ampang...hihihi...semangatkan...

ramai lg yg zirah hrpkan blh jumpa...terutamanye abg remy ishak,kak tiz zaqyah,abg izzue islam,group forteen...hmmm kalau list mmg panjang la....hihihihi...hrp2 sgt dpt jumpa.... bkn senang nk jumpa anak seni semua nie..dyorg punya jadual pon padat....apa2 pon good luck utk semua anak seni negara dlm mengharungi cabaran dlm bidang seni...

- Spread The Love - 





Tuesday, 16 July 2013

GCR kembali!!!!! Part 2

selamat berbuka semua....kenyang???apa mcm menu ari nie....mantap tak???? alhamdulillah....kita masih berkesempatan berbuka utk puasa yg dah masuk hari ke-7....dh hmpir seminggu kita berpuasakan... pejam celik pejam celik dh dkt seminggu...confirm2 kte x sedar kn....sbb apa???kita dh terbiasa ikut rutin sahur dan berbuka dh hmpir seminggu....blh kn??

cukup iklan sebentar td....kita kembali kpd tajuk asal utk ari nie.... GCR kembali!!!!!!hmmm....agak2 ada tk yg thu GCR tu apa....msti ada yg thu sbb ada yg pernah bca psl entry psl GCR jgk sblum nie...(mungkin)....
huhuhuhu...ok la zirah cerita sikit psl GCR nie blik ea.... GCR = Green Corporate Relation....event kolej...anjuran sekt komkop...GCR nie menekan nilai go green...atau berbakti kpd alam...kali nie zirah x lpskan peluang lg...join lg GCR kali nie.....hihihi....(sebenarnye ada sbb lain)....ops,mana blh bgthu.....RAHSIA....

ala...nk tunjukkan gmbr banner GCR x de la pulak...sorry.....kali nie GCR kami pergi ke Pahang....yahoo.... event nie msti la jd event last kolej....time2 nk dkt minggu study week...minggu2 org tgh kekeringan $$$....hihiihi....kes yg sama jd jgk mcm lps....tp pape pon  event nie tetap berjalan....alamak...zirah lupa la pulak tarikh dy...sorry korg.... yg ingt kami bertolak jumaat ptg....agak lewat jgk kami bertolak... lps asar baru kami semua keluar dr kawasan upm....lambatkan...tp nk bt...nk kumpulkan semua org bkn senang... nk load smua brg2 dlm bas pon sama...

dlm kul 6 lbh kami smpai dkt RnR Genting Sempah.....tp btol ke tidak ejaan tu...kami berhenti solat asar, keluarkan $$$$ n tapau mkn mlm...sbb mlm tu kami x disediakan mkn mlm...sob2...menapak menacri makanan la kami smua...sbb diberitahu dkt tmpt kami duduk nnt x de tmpt jual2...dlm kepala otak dh mcm2 bygan keluar....lps tu kami teruskan perjalanan ke kuala gandah....korg thukan tmpt tu dkt mana....tmpt apa...tempat konservasi gajah la...yg famous tu....tp bkn kami tido dkt situ la..kami tido dkt institut biodiversiti....kawasan tu dikelilingi hutan....errrr....seram la jgk....

mlm tu kami start sesi ice breaking sikit2....pastu lawat bilik apa tah...lupa la pulak

gmbr2 sekitar dlm bilik apa tah dkt institut biodiversiti....




badak sumatera yg hampir pupus....


buaya nie mati sbb ada penyakit apa tah....tapi rasanye dy buta...tngk la gmbr yg dkt kepala dy tu... org yg bg penerangan dkt kami tu ckp kawasan putih2 tu sebenarnya kawasan tu berlubang...sbb abis dimkn lalat...


lps buaya nie mati,institut nie ambik & awetkan...utk diletakkan dlm bilik nie...tujuan dy utk pembelajaran


nie lagi satu binatang yg sering menjadi mangsa kekejaman manusia... tngk kaki kanan harimau nie.. harimau nie kudung sbb kaki kanan dy cedera parah akibat terkena perangkap yg dibt oleh manusia...

info yg kami dpt -->harimau sebenarnye takutkan org...bkn dy saja2 berani g kacau manusia... ilmu yg kami dpt psl harimau, ada satu kawasan getah di luar negara,penoreh nie pakai topeng dkt belakang kepala mereka...tujuan???utk takutkan harimau tu... tp penoreh kita???sbb tu bnyk berita harimau serang penoreh getah....sbb harimau nie ingt itu makanan mereka...

ok keesokkan harinye kami pg ke pusat konservasi gajah dkt kuala gandah tu.... tp seblum pg kena la breakfast dulu....photoshot jap...


apa macam....berkabuskan....sejuk weh....mandi dkt sini mcm mandi dgn air ais....sejuk gler...


housematesku yg happening....sehati sejiwa


geng2 org kuat GCR kali nie...hihihihi








nie gmbr kami n the way nk g tmpt gajah tu...sempat lg tangkap gmbr tu...hihihihi...terbaik kn...


kami semua dh smpai tmpt gajah tu....yeay......



pas nk masuk ke kawasan gajah nie...hah...jgn ingt blh msuk sesuka hati ea....senang je...letak je dkt mana2 yg korg suka....hihihihi...ps byaran ea...alamak...lupa nk tnya la...


sesi menerangkan & pembahagian tugas mengikut kumpulan




tugas group kami apa????hmmm....jd tukang kebun ari tu...membaja dan mengemburkan tanah...biasa la...bila dh jd housemate,mmg x blh berpisah...mmg satu group la...



keje2 mereka....dh mcm buruh kasar dah...hihihihi (melawak ea).... keje mereka --> mengorek pasir sungai dan dimasukkan ke dalam guni....bkn satu dua..tp bnyk ok....dh muscle2 mereka smua...


keje paling heaven bg group kami....siap blh pose2 bergmbr lg...hihihihi


dyorg nie tgh memotong tebu...utk dijual mahupon diberikan kpd gajah nnt



sesi memberi makanan kpd anak gajah....masa nie bdk2 tadika dtg....meriah gler....


hah...tngk tu...ramaikan.....





gajah2 nk g mandi dkt sg....jgn ingt gajah x mandi ea....


dgr kata btl gajah2 nie....



korg jgn risau....gajah nie jinak....dyorg akan pergi dkt tngn korg....letak je mkana tu dkt belalai...


gajah ucap terima kasih kpd semua penonton


muka2 penat...sbb dr pg kami dkt sini....pape pon kena lunch dulu....


bersama pengarah event nie....Hani



tibalah masa utk slot kami smua...mandikan anak gajah...




lepas gian...mandi sg lps gajah2 tu smua keluar dr air....






muka2 kelaparan...on the way nk g dinner...lps tu nk main nature game lak



sesi NATURE GAME bersama fasi







majlis penutup program sedang berlangsung




 sesi menurunkan tandatangan masing2 dkt hiasan tmpt himpun kami....kadboard nie smua kami tinggal sana




macam biasa...gambar smua org.....family photo la kiranye








on the way nak balik upm......dah penat masa nie


program kali nie bnyk mengajar kami psl haiwan....hargailah hidupan liar yg berada di sekeliling kita... peliharalah mereka...nescaya klau tidak dipelihara satu hari nnt haiwan2 nie beserta tumbuh-tumbuhan td akan pupus....generasi seterusnye pasti x akan mengetahuinye melainkan melalui internet mahupon buku sahaja....

kita hanya meminjam alam ini daripada generasi akan datang.. siapa yang akan menjaganya kalau bukan kita...